More

    Imej rasmi Samsung Galaxy Z Fold 2 mungkin telah muncul dalam media sosial

    Selepas Samsung mengesahkan bahawa terdapat lima peranti yang bakal diumumkan dalam Samsung Unpacked, telefon lipat Galaxy Z Fold 2 mungkin bakal menjadi salah satu peranti tersebut. Sebuah imej awal yang mungkin menunjukkan rupa telefon itu telah pun dimuat naik ke Twitter.

    Menurut akaun Twitter Ishan Agarwal, imej rasmi untuk Galaxy Note20 Ultra dan Galaxy Z Fold 2 telah muncul dalam Weibo, namun ia hanyalah imej yang beresolusi rendah. Jika dilihat dengan teliti, boleh dilihat bahawa telefon lipat itu akan dilengkapi pembesar suara di bahagian atas dan bawah, port USB Type-C dan kamera besar di belakang. Selain itu, terdapat juga sebuah sempadan bezel yang agak nipis.

    Daripada segi spesifikasi, Galaxy Z Fold 2 dijangkakan akan dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus, skrin 120Hz, kamera 64MP, bateri 4,365mAh dan sokongan 5G. Pemberi maklumat terkenal, Ice Universe, mengatakan bahawa ini adalah gambar peranti sebenar.

    Memandangkan kualitinya tidak begitu jelas, masih tidak dipastikan jika ini adalah imej rasmi. Kita hanya boleh mengetahuinya pada 5 Ogos ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Ishan Agarwal Twitter

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured