More

    Spesifikasi Samsung Galaxy S20 Fan Edition/Lite bocor, mungkin berharga ~RM3,183

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai Samsung Galaxy S20 Fan Edition atau Lite yang bakal tampil dengan harga lebih berpatutan berbanding siri Samsung Galaxy S20 yang lain. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan spesifikasi kamera Samsung Galaxy S20 Fan Edition/Lite.

    Untuk pengetahuan anda, nama peranti ini setakat ini dirujuk sebagai Samsung Galaxy Fan Edition/Lite oleh kerana masih tiada khabar tentang nama rasminya. Peranti ini bakal dihuni tetapan tiga kamera 12MP + 12MP (ultra lebar) + 8MP (3x telefoto) dan kamera swafoto 32MP.

    Harga yang dijangkakan oleh sumber adalah 900,000 Won (~RM3,183). Harga jangkaan ini adalah lebih tinggi untuk versi Lite jika dibandingkan dengan harga Samsung Galaxy S10 Lite (perbandingan di pasaran mereka, bukan Malaysia). Namun, kita juga boleh menjangkakan trend harga yang sama untuk pasaran Malaysia.

    Melalui sumber terdahulu, ia dijangka bakal hadir dengan Snapdragon 865, skrin 120Hz dan rating IP68. Apakah pendapat anda mengenai peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk beirta teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured