fbpx
More

    Siri vivo X50 dilancarkan di Malaysia: Snapdragon 765G, 120Hz, kamera gimbal bermula RM2,399

    Terkini, siri vivo X50 telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Pelancaran ini sekaligus mengesahkan penawaran harganya bermula pada RM2,399.

    Sepintas lalu, siri vivo X50 ditawarkan dengan spesifikasi baik seperti skrin AMOLED 90Hz dan janaan cipset Snapdragon 765G. Kelebihan varian vivo X50 Pro pula adalah pada teknologi kamera gimbal dari vivo yang mengoptimumkan penstabilan imej dengan cara yang unik. Anda boleh menyemak spesifikasi vivo X50 dan vivo X50 Pro melalui pautan biru ini.

    Anda boleh dapatkan vivo X50 dengan pilihan warna Frost Blue atau Glaze Black dnegan harga RM2,399, manakala vivo X50 Pro dengan warna Alpha Grey pada harga RM3,199.

    Anda boleh melakukan pra-tempahan di laman rasmi vivo Store Malaysia atau Celcom, Digi dan Maxis bermula 25 Julai 2020. Pembelian terus secara luar talian pula boleh dibuat melalui pengedar sah vivo. Anda boleh melihat tawaran hadiah percuma yang anda boleh dapat melalui pra-tempahan dan pembelian siri vivo X50.

    Adakah anda bakal menyambar peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    iPhone 16 Pro akan mempunyai skrin 20% lebih cerah

    Menurut khabar angin terbaharu, iPhone 16 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini akan mempunyai peningkatan kecerahan paparan sehingga 20% berbanding...

    ASUS sahkan ROG Ally X akan dilancar pada 2 Jun ini

    ASUS telah mendedahkan bahawa mereka akan mengumumkan PC permainan pegang tangan ROG Ally X pada 2 Jun ini. ASUS juga mendedahkan beberapa...

    OpenAI bakal lancarkan enjin carian AI untuk bersaing dengan Google

    OpenAI yang merupakan pencipta ChatGPT kini dilaporkan bersedia untuk mengumumkan enjin carian sendiri bagi menyaingi carian Google dan carian dikuasakan AI, Perplexity....

    Spesifikasi Xiaomi MIX Flip tertiris, dedahkan cipset SD 8 Gen 3, sokong 5G dan...

    Xiaomi MIX Flip telah tertiris dalam internet secara rasmi dan maklumat menunjukkan bahawa ia menyokong pengecasan pantas 67W serta sambungan 5G tetapi...

    PM lancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus, galakkan pembangunan pantas dalam ekosistem AI

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia perlu bergerak pantas dalam membina ekosistem yang memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X