More

    Reka bentuk Xiaomi Mi Mix dengan satu kamera raksasa muncul!

    Baru-baru ini, Xiaomi telah mempatenkan sebuah telefon dengan kamera yang sangat besar dan skrin dua depan belakang. Kini, sumber menunjukkan butiran yang lebih lanjut mengenai paten yang menarik ini dan ianya mungkin akan menjadi telefon Mi Mix generasi baru dari Xiaomi.

    Sumber menunjukkan beberapa gambar beresolusi tinggi dengan butiran lanjut mengenai telefon ini. Telefon ini dijangka akan hadir dengan sebuah kamera utama 108 Megapixel dengan kamera zum dan ianya diberi nama AI Super Camera. Telefon ini juga akan menyokong 5G dan dilengkapi dengan cipset flagship sama seperti generasi sebelumnya.

    Skrin utama telefon ini dilihat menutupi hampir semua panel hadapan telefon ini dan skrin keduanya menduduki 60% daripada panel belakang telefon. Berdasarkan sumber, telefon ini mungkin akan memasuki pasaran sebagai generasi terbaru siri Mi Mix pada musim luruh tahun ini tetapi kebarangkaliannya untuk berlaku adalah rendah.

    Bagaimanakah reka bentuk terbaru untuk siri Mi Mix ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured