fbpx
More

    Pelancaran ASUS ROG Phone 3: Snapdragon 865+, AMOLED 144Hz, 6,000mAh berharga ~RM4,920

    ASUS hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar gaming flagship terbaru, ASUS ROG Phone 3. Peranti yang sarat dengan pelbagai teknologi dan spesifikasi canggih ini terdapat dalam dua varian utama iaitu ROG Phone 3 dan ROG Phone 3 Strix Edition, masing-masing dijual pada harga bermula €999(~RM4,920) dan €799(~RM3,935).

    ROG Phone 3 adalah antara telefon terawal dalam dunia yang dilengkapi cipset flagship Snapdragon 865 Plus 5G untuk prestasi gaming sebaik mungkin pada tahun ini. Digabungkan dengan RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS3.1, ASUS mengatakan peranti ini adalah telefon Android terpantas dalam dunia setakat ini.

    Untuk pengalaman gaming imersif, paparannya adalah skrin AMOLED berukuran 6.59 inci yang memberi kadar segar semula (refresh rate) tinggi sehingga 144Hz dan tindak balas sentuhan (touch latency) sepantas 25 milisaat.

    ROG Phone 3 dilengkapi pelbagai ciri-ciri yang dikhaskan untuk gaming seperti sistem penyejukan GameCool 3, butang penjuru ultrasonik AirTrigger 3, port USB Type-C yang berada di sisi untuk kemudahan bermain game sewaktu mengecas, pembesar suara GameFX dan banyak lagi.

    Berikut adalah spesifikasi penuh ASUS ROG Phone 3:

    • Cipset Snapdragon 865 Plus 5G
    • Skrin AMOLED 6.59 inci 144Hz dengan resolusi 2340×1080, menyokong HDR10+
    • RAM LPDDR5 12GB atau 126GB (ROG Phone 3), 8GB atau 12GB (ROG Phone 3 Strix Edition)
    • Storan UFS3.1 128GB, 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX686 + kamera ultra-lebar 13MP + kamera makro 5MP
    • Kamera hadapan 24MP
    • Rakaman video sehingga 8K pada 30fps, gerak perlahan sehingga 480fps pada 720p
    • Dwi-pembesar suara GameFX yang dihalakan ke depan
    • Bateri 6,000mAh dengan pengecasan 30W
    • Sistem penyejukan GameCool 3
    • Kawalan penjuru AirTrigger 3
    • Sistem operasi ROG UI berdasarkan Android 10

    Pembeli ROG Phone 3 turut akan mendapat aksesori penyejuk AeroActive Cooler 3 yang bukan sahaja mengurangkan haba telefon, malah berfungsi sebagai tongkat dan penghubung bicu audio 3.5mm. Ia masih mempunyai USB Type-C untuk membenarkan pengecasan telefon dan aksesori ini tidak memerlukan sumber tenaga luaran.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti gaming canggih ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DNB, Ericsson bekerjasama untuk memajukan perusahaan di Malaysia melalui teknologi 5G

    Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson, sebuah syarikat teknologi komunikasi global yang terkemuka telah mengumumkan secara rasmi rancangan untuk memacu transformasi digital...

    Kempen Jualan Super 5.5 realme: Baucar sehingga RM1,800 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

    Bermula 3 Mei 2024, realme Malaysia bekerjasama dengan Shopee, Lazada dan TikTok Shop mengadakan Kempen Jualan Super 5.5. Dalam tempoh tiga hari,...

    OPPO A38 dan A18 kini mendapat penurunan harga sebanyak RM50

    OPPO Malaysia telah mengumumkan pelarasan harga yang ketara untuk model OPPO A38 dan A18 dengan menawarkan penjimatan sehingga RM50. Harga baharu itu...

    Sony Xperia 1 VI mungkin bawa peningkatan lensa telefoto, Snapdragon 8 Gen 3 dan...

    Sony bersedia untuk mendedahkan telefon pintar andalan terbaru mereka, Xperia 1 VI yang dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Mei 2024. Walaupun dianggap...

    WhatsApp sedang uji ciri sekat pengguna sementara jika langgar dasar khusus

    WhatsApp memperkenalkan ciri sekatan akaun baharu seperti yang dilihat dalam versi beta Android baru-baru ini. Ciri ini akan sementara menghalang pengguna daripada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X