More

    Black Shark 3S diacah oleh CEO dan pengerusi, mungkin bakal dilengkapi Snapdragon 865+

    Jenama telefon pintar gaming, Black Shark, mungkin akan mengeluarkan sebuah produk baru yang dinamakan Black Shark 3S. Perkara ini telah dimaklumkan sendiri oleh CEO jenama tersebut, Luo Yuzhou.

    Dalam sebuah kiriman di Weibo, beliau mengatakan “sesuatu yang besar bakal berlaku.” Kiriman tersebut turut dikongsi oleh akaun Black Shark rasmi di Weibo. Walaupun beliau tidak menyatakan secara jelas, Weibo mengatakan kiriman itu ditulis menggunakan Black Shark 3S.

    Pengerusi Black Shark, Peter Wu, turut berkongsi perkara yang sama di laman Weibo beliau.

    Jika ini adalah Black Shark 3S, besar kemungkinan ia akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 865 Plus seperti Lenovo Legion dan ASUS ROG Phone 3. Jika dilihat pada tahun lepas, Black Shark 2 Pro dilancarkan dengan cipset Snapdragon 855+.

    Adakah anda berminat dengan Black Shark 3S? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo Luo Yuzhou & Peter Wu

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured