fbpx
More

    Lenovo Legion Phone Duel dilancar: Snapdragon 865+ dengan bateri 2×2,500mAh bermula ~RM2,130

    Selepas banyak khabar awal, telefon pintar gaming Lenovo pertama akhirnya sudah pun diumumkan iaitu Legion Phone Duel. Telefon ini adalah antara peranti terawal yang dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus iaitu cipset Qualcomm terpantas setakat ini.

    Lenovo Legion Phone Duel dilengkapi skrin berukuran 6.65 inci dengan kadar segar semula 144Hz serta kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) 240Hz. Untuk prestasi yang lebih pantas, ia dilengkapi RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Ciri luaran menarik untuk telefon ini tentunya pada kamera swafotonya yang berada di bahagian sisi telefon dan berfungsi secara pop-up.

    Kamera swafoto 20MP ini amat berguna untuk siaran langsung (live stream) sewaktu bermain game. Kamera di belakang pula terdiri daripada kamera utama 64MP f/1.89 dan kamera ultra-lebar 16MP dengan 120 darjah penglihatan.

    Legion Phone Duel dikuasakan oleh dua bateri berkapasiti 2,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Baterinya dipisahkan bagi mengelakkan telefon menjadi terlalu panas sewaktu mengecas dan turut dibantu oleh sistem penyejukan cecair. Telefon ini juga akan dilengkapi dua port USB Type-C serta dua butang ultrasonik di bahagian penjuru.

    Berikut adalah senarai harga Legion Phone Duel yang diumumkan:

    • 8GB+128GB: CNÂ¥3,499 (~RM2,130)
    • 12GB+128GB: CNÂ¥3,899 (RM~2,374)
    • 12GB+256GB: CNÂ¥4,199 (~RM2,557)
    • 16GB+512GB: CNÂ¥5,999 (~RM3,653)

    Masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    (Diterjemahkan daripada TechNave English)

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X