More

    Samsung Galaxy Note20 mungkin dilengkapi skrin 60Hz, badan plastik & Space Zoom 30x

    Terdapat maklumat terbaru tentang telefon pintar Samsung Galaxy Note20 sebelum pelancarannya yang dijangkakan pada 5 Ogos ini. Maklumat ini diberikan oleh sebuah media Jerman, WinFuture.

    Bermula dengan paparannya, Galaxy Note20 akan dilengkapi skrin 6.7 inci dengan resolusi 1080p dengan kadar segar semula 60Hz. Ia juga akan menggunakan skrin rata dan bukannya melengkung di sisi seperti sebelum ini.

    Badannya dibuat daripada plastik dengan rangka besi di sekelilingnya. Selain itu, Galaxy Note20 akan kekal dengan cipset Exynos 990, RAM 8GB, storan 256GB, bateri 4,300mAh dan empat kamera termasuk kamera telefoto 64MP.

    Seperti Galaxy S20 Ultra, Galaxy Note20 akan mempunyai Space Zoom namun ia hanya dihadkan kepada zum 30x sahaja. Untuk rakaman video, ia boleh merakam sehingga 8K. Telefon ini juga menyokong pengecasan pantas, pengecasan wayarles dan pengecasan wayarles berbalik (PowerShare).

    Galaxy Note20 akan mempunyai rating kalis air IP68 dan dijual dalam varian 4G dan 5G. Spesifikasi ini mungkin boleh dilihat sebagai diturun taraf, terutamanya dengan skrin 60Hz dan badan plastik, namun ini mungkin membuatkan peranti ini boleh dijual dengan harga yang lebih kompetitif.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured