More

    Inilah warna-warna siri Samsung Galaxy Note20, mungkin berharga sekitar ~RM4000

    Menjelang acara digital pelancaran besar-besaran Galaxy Unpacked pada 5 Ogos ini, kelihatannya semakin banyak berita mengenai peranti-peranti yang bakal dilancarkan tular. Terkini, terdapat sumber yang telah mendedahkan dua lagi warna baharu siri Samsung Galaxy Note20 di samping dua warna yang sudah sedia dimaklumkan dengan jangkaan harganya.

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai warna Mystic Bronze yang sepertinya menggambarkan warna utama untuk siri Galaxy Note20 yang akan datang ini. Warn baharu yang dijangka bakal hadir pula adalah dengan tona hijau dan model berwarna kelabu (masih tiada nama rasmi). Warna kelabu adalah tidak asing lagi, namun sebaliknya untuk warna hijau pada siri flagship.

    Sumber dari negara Korea turut meramalkan jangkaan harga bagi siri Samsung Galaxy Note20. Harganya dijangka bermula 1.199 juta Won (~RM4,255), manakala Galaxy Note20 Ultra mungkin berharga 1.452 juta Won (~RM5,153 ).

    Anda boleh membaca jangkaan spesifikasinya melalui berita lepas mengenai Samsung Galaxy Note20. Adakah anda bakal menyambar peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured