More

    Kerajaan akan laksanakan semula PKP jika kes baru COVID-19 harian cecah tiga angka

    Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengatakan kerajaan akan menguat kuasa semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes harian COVID-19 kembali mencecah tiga angka. Beliau berkata kerajaan tidak mempunyai sebarang pilihan lain jika masalah tersebut berlaku.

    Dalam pada itu, beliau juga mengaitkan peningkatan kes harian dengan kealpaan dan kecuaian masyarakat yang memandang rendah akan prosedur operasi standard (SOP).

    Esok (27 Julai), kerajaan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara yang berkaitan. Beliau turut menasihati umat Islam agar terus mematuhi SOP sewaktu menyambut Hari Raya Aidiladha. Pada waktu artikel ditulis, kerajaan sedang menguat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos.

    TechNave berharap pembaca akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...