More

    Samsung Galaxy Tab S7 mungkin hadir tanpa skrin AMOLED!

    Samsung dijangka akan melancarkan tablet generasi terbarunya, Samsung Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ pada acara tahunannya yang akan berlangsung pada 5 Ogos ini.

    Sumber terbaru menyatakan bahawa Samsung Galaxy S7 dengan skrin 11 inci akan menggunakan skrin jenis LCD berbanding skrin AMOLED yang sudah sinonim dengan skrin tablet daripada Samsung, manakala Galaxy Tab S7+ akan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 12.4 inci. Samsung dikatakan memilih skrin jenis LCD untuk menggunakan ciri skrin segar semula setinggi 120Hz pada tablet Galaxy Tab S7 ini.

    Kedua-dua Samsung Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+ dijangka akan menggunakan cipset Snapdragon 865+ dengan sokongan 5G serta RAM 6GB dan storan serendah 128GB. Tablet ini juga dijangka akan hadir dengan dua kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 13MP serta kamera ultra lebar 5MP. Ianya juga akan menyokong ciri Wireless DeX yang memudahkan pengguna untuk menjadikan tablet ini sebagai komputer peribadi.

    Bagaimana dengan berita mengenai skrin yang akan digunakan pada Samsung Galaxy Tab S7 ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured