More

    iPhone 12 SE 4G mungkin hadir pada Mac 2021 dengan harga permulaan ~RM2,336

    Sementara penantian kemunculan siri iPhone 12 masih berjalan, kini terdapat pula berita khabar angin tentang iPhone 12e/iPhone 12 SE; model iPhone yang lebih berpatutan dengan spesifikasi yang bersesuaian dengan harganya bakal dilancarkan pada Mac 2021.

    Untuk pengetahuan anda, iPhone 12e adalah mungkin kesinambungan daripada model-model iPhone yang bernama ‘SE’ seperti iPhone 5 SE atau iPhone SE (2020). iPhone 12e masih tiada nama rasmi memandangkan maklumat ini diperoleh dari sumber tidak rasmi. Peranti ini merupakan peranti 4G yang bakal hadir dengan cip A14 Bionic, RAM 4GB, dwi kamera dan skrin LCD 5.4 inci/6.1 inci.

    Sumber turut mendedahkan jangkaan harga iPhone 12 SE, $549 (~RM2,336). Sebenarnya, perkara ini adalah tidak mustahil kerana terdapat laporan yang menyatakan siri iPhone 12 bakal hadir dengan kedua-dua versi, 4G dan 5G. Seiring dengan laporan terdahulu, iPhone 12 versi 4G bakal hadir dengan harga yang lebih rendah berbanding versi 5G.

    Apa pun, maklumat yang terkandung adalah dari sumber yang tidak rasmi. Namun, tidak mustahil untuk Apple mengeluarkan peranti 4G memandangkan pembangunan rangkaian 5G di seluruh dunia nasih lagi tidak berkembang secara menyeluruh.

    Apakah pendapat anda? Adakah anda berminat dengan iPhone 12 SE? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured