fbpx
More

    Hampir semua butiran Samsung Galaxy Watch 3 tertiris sebelum pelancaran

    Sumber memberitahu hampir semua butiran mengenai Samsung Galaxy Watch 3 yang akan dilancarkan tidak lama lagi di acara Samsung Unpacked pada 5 Ogos ini. Bukan sahaja spesifikasi jam tangan ini tertitis, tetapi juga beberapa gambar reka bentuk yang beresolusi tinggi.

    Galaxy Watch 3 akan hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 41mm dan 45mm, saiz 41mm ditujukan pada golongan wanita. Galaxy Watch 3 45mm akan dilengkapi dengan skrin sebesar 1.4 inci manakala 1.2 inci untuk saiz 41mm. Kedua-dua jam tangan ini akan menggunakan skrin SuperAMOLED dengan resolusi 360 x 360 pixel dan panel skrin Gorilla Glass DX untuk ketahanan yang lebih kukuh.

    Sumber juga menyatakan Galaxy Watch 3 45mm akan hadir dengan bateri saiz 350mAh dan 247mAh untuk Galaxy Watch 3 41mm. Kedua-dua jam tangan dijangka boleh bertahan selama 56 jam dengan bateri yang penuh.

    Galaxy Watch 3 akan menggunakan cipset Exynos 9110 dan perisian Tizen OS 5.5 yang hadir dengan muka jam yang pelbagai. Jam tangan ini juga akan mempunyai RAM 1GB dan storan 8GB serta ciri kalis habuk dan air IP68. Jam ini juga dikatakan akan hadir dengan
    sensor pemantauan denyut jantung (heart rate monitoring sensor), pemantauan tidur (sleep monitoring), 39 jenis mod sukan dan fungsi ECG (Electrocardiograph).

    Galaxy Watch 3 dijangka akan hadir dengan warna hitam, kelabu dan gangsa dan harganya masih lagi belum diketahui buat masa ini. Bagaimana dengan butiran Samsung Galaxy Watch 3 yang tertiris ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy Z Flip6 dan Fold6 mungkin akan dilancar pada 10 Julai 2024

    Pada tahun-tahun lalu, Samsung sering melancarkan telefon-telefon lipatnya yang terbaru dalam acara Galaxy Unpacked yang dianjurkan pada separuh tahun kedua. Perkara tersebut...

    OPPO A60 dilancar: Skrin 90Hz, Snapdragon 680, cas pantas 45W bermula ~RM1,040

    OPPO telah melancarkan telefon pintar kelas permulaannya yang terbaru di Vietnam iaitu OPPO A60. Telefon ini mempunyai reka bentuk yang agak menarik...

    Aplikasi RHB Mobile Banking tidak boleh lagi diguna untuk peranti iOS14 dan ke bawah

    Jika anda merupakan seorang pelanggan RHB Bank yang menggunakan telefon pintar iPhone, perlu diingati bahawa bermula bulan Jun 2024, aplikasi RHB Mobile...

    Fahmi Fadzil: Jangan sentuh isu 3R sewaktu pilihan raya

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak supaya tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi diraja (race, religion, royalty atau 3R) sepanjang...

    Petronas dan CelcomDigi berganding bahu untuk bawa pembaharuan dalam infrastruktur 5G

    Petronas dan CelcomDigi menggumumkan kerjasamanya selama dua tahun untuk memacu usaha transformasi tekno-digital negara melalui penggunaan 5G. Ia juga bertujuan untuk menyepadukan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X