fbpx
More

    Lenovo Malaysia lancarkan IdeaPad Flex 5 AMD: Komputer riba yang boleh diguna seperti tablet bermula RM2,399

    Lenovo Malaysia hari ini melancarkan Lenovo IdeaPad Flex 5 AMD iaitu komputer riba yang sesuai untuk dijadikan kelengkapan perniagaan, pendidikan atau hiburan.

    Ciri yang menarik tentang produk ini tentunya adalah kebolehannya untuk digunakan seperti tablet ababila skrinnya yang berukuran 14 inci boleh diputar 360 darjah daripada papan kekunci. Ia juga boleh didirikan seperti sebuah khemah (tent mode) untuk berkongsi interaksi bersama rakan-rakan kerja atau universiti. Bagi memudahkan pengguna, skrin IdeaPad Flex 5 AMD menyokong Lenovo Digital Pen untuk melakar atau melukis dengan lebih mudah.

    Dengan teknologi Quick Charge dan hayat bateri yang panjang, ia akan memudahkan pengguna yang kerap bergerak ke pelbagai tempat dan menyerlahkan kreativiti mereka di mana jua. IdeaPad Flex 5 AMD turut disertakan dengan Microsoft Office Home and Student 2019 yang boleh dimanfaatkan pengguna sebaik sahaja mereka membeli produk ini.

    Bagi memenuhi keperluan bekerja dari rumah yang sudah menjadi normal pada waktu ini, IdeaPad dilengkapi dwi-mikrofon dengan pembatalan bunyi bising, pembesar suara Dolby Audio dan kamera 720p.

    IdeaPad Flex 5 AMD kini boleh didapati dalam dua varian pemproses iaitu Ryzen 3 4300U, Ryzen 5 4500U atau Ryzen 7 4700U di laman web Lenovo atau Lenovo Exclusive Store di seluruh negara dengan harga bermula RM2,399. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki produk Lenovo ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X