More

    Pameran teknologi terbesar dalam dunia, CES, dianjurkan sekadar dalam talian sahaja untuk 2021

    Consumer Electronics Show (CES) yang merupakan acara teknologi pengguna terbesar di dunia, tidak akan dianjurkan seperti biasa pada Januari tahun depan. Sebaliknya, ia hanya akan diadakan secara dalam talian kerana penganjur bimbang akan jangkitan wabak COVID-19 yang mungkin masih menular pada waktu itu.

    Penganjur CES, Consumer Technology Association (CTA), mengatakan penganjuran baru ini menawarkan pengalaman yang lebih imersif namun tidak mengatakan bagaimana acara dalam talian itu akan dilakukan. CTA merancang untuk kembali menganjurkan CES di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 2022.

    Pada tahun ini, pelbagai acara teknologi ternama sudah pun dibatalkan kerana wabak COVID-19 termasuklah E3, BlizzCon, Google I/O, Game Developers Conference, Mobile World Congress dan banyak lagi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured