More

    Google Pixel 4a diumumkan: Snapdragon 730G, skrin OLED 5.81 inci berharga ~RM1,474

    Setelah lama mengacah kehadiran Goole Pixel 4a di pasaran, Google kini telah mengumumkan Google Pixel 4a di pasaran Barat. Peranti yang diklasifikasikan sebagai peranti mampu milik oleh Google ini menawarkan beberapa spesifikasi yang seiring dengan imej mampu milik.

    Google Pixel 4a dijana cipset Snapdragon 730G yang merupakan cipset kelas pertengahan dengan prestasi baik. Spesifikasi yang paling menarik untuk diperkatakan adalah skrin OLED 5.81 inci dan ciri kamera yang hadir seperti Night Sight, Portrait Mode dan OIS untuk menstabilkan video walaupun cuma dalam satu tetapan kamera utama sahaja. Semak spesifikasi asas Google Pixel 4a di bawah:

    • Cipset Snapdragon 730G
    • RAM 6GB + storan 128GB (tiada mikroSD kad)
    • Skrin OLED 5.81 inci beresolusi 1080 x 2340 piksel
    • Kamera utama 12.2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 3140mAh
    • Sokongan pengecasan pantas Power Delivery 2.0 18W
    • Bicu audio 3..5mm
    • Pilihan warna Just Black

    Google Pixel 4a hanya hadir dengan satu pilihan warna sahaja, Just Black. Setakat ini, pra-tempahan peranti sudah dibuka dengan harga $349 (~RM1,474) di pasaran AS dan pra-tempahan turut dibuka di pasaran Eropah dan Jerman. Ia akan turut di hadir di beberapa pasaran lain. Namun, kami masih ketiadaan maklumat adakah ia bakal hadir di pasaran Malaysia.

    Selain Pixel 4a, Gogle turut mengacah Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G. Perlu diingatkan bahawa Pixel 4a dan Pixel 4a 5G adalah dua peranti yang berbeza. Anda boleh lihat gambar di bawah. Spesifikasi yang diketahui hanyalah sokongan 5G. Pixel 4a 5G dan Pixel 5 bakal diumumkan pada musim luruh ini (September-November).

    Masih tidak rasmi yang manakah Pixel 4a 5G, dan yang manakah Pixel 5

    Jika Pixel 4a hadir di pasaran Malaysia, adakah anda akan memiliki peranti berskrin kompak ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured