fbpx
More

    Rasmi: vivo bakal lancarkan iQOO 5 dengan cas pantas 120W pada 17 Ogos ini

    Seiring dengan kemajuan teknologi telefon pintar, teknologi pengecasannya juga tidak ketinggalan. Baru-baru ini, vivo telah melancarkan pengecasan pantas 120W Ultra-Fast. Terkini, vivo iQOO mengesahkan bahawa iQOO 5 dengan pengecasan pantas 120W bakal dilancarkan pada 17 Ogos 2020 di pasaran China.

    Pengesahan ini adalah daripada siaran poster acahan pelancaran iQOO 5 yang memaparkan tarikh dan masa pelancarannya, serta spesifikasi cas pantas 120W. Terdapat juga perkataan “15 minit” yang mungkin merujuk kepada cas pantas 120W yang sebelum ini secara teorinya dikatakan boleh mengecas 100% bateri 4000mAh dalam masa 15 minit sahaja.

    Setakat ini, iQOO 5 dijangka bakal hadir dengan cipset Snpadragon 865, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1 dan skrin AMOLED 120Hz.

    Sumber: Digital Chat Station

    Adakah anda tidak sabar untuk melihat kemampuan peranti dengan pengecasan pantas 120W? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita pelancarannya pada 17 Ogos 2020 melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Tivoli Audio dilancar di Malaysia: Barisan pembesar suara premium bermula RM1,099

    Pada hari ini, jenama produk audio premium Tivoli Audio melancarkan rangkaian produk audionya yang pertama untuk pasaran Malaysia, terdiri daripada 13 jenis...

    Maxis perkenalkan pas perayauan Arab Saudi khas untuk musim Haji

    Hari ini, Maxis memperkenalkan Saudi Premium Data Pass iaitu pas perayauan tawaran masa terhad yang direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal...

    Watch Fit 3 rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 1.82″, hayat bateri sehingga 10...

    Selain daripada pengumuman MateBook X Pro, HUAWEI turut melancarkan jam tangan pintar terbaharu Watch Fit 3 untuk pasaran Malaysia. Ia menampilkan badan...

    HUAWEI MateBook X Pro dilancar di Malaysia, miliki Intel Core Ultra 9 dan berat...

    Hari ini, HUAWEI Malaysia mengumumkan HUAWEI MateBook X Pro dan HUAWEI Watch Fit 3 akan tiba di Malaysia pada 13 Mei 2024....

    iPad Pro (2024) dilancar: Rekaan paling nipis, skrin OLED, cip Apple M4 bermula RM5,299

    Selain melancarkan iPad Air yang terbaharu pada hari ini, Apple turut memperkenalkan iPad Pro yang disegarkan semula untuk tahun 2024. iPad Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X