More

    Apa yang anda boleh jangkakan untuk Galaxy Unpacked pada malam ini

    Pada pukul 10:00 malam ini, Samsung akan menganjurkan acara Galaxy Unpacked di mana beberapa produk flagship dan berprofil tinggi akan diumumkan. Berikut adalah senarai ringkas terhadap produk yang anda boleh jangkakan nanti, berdasarkan pelbagai maklumat awal:

    Samsung Galaxy Note20 dan Note20 Ultra

    Produk yang paling dinanti-nantikan pada malam ini tentunya adalah siri telefon pintar Samsung Galaxy Note20, di mana ia akan dilancarkan dalam dua varian utama iaitu Note20 dan Note20 Ultra. Antara perbezaan utama di antara dua varian ini adalah spesifikasi skrin Dynamic AMOLED 2X, di mana Note20 biasa adalah 6.7 inci 60Hz manakala Note20 Ultra pula dengan 6.9 inci 120Hz.

    Selain itu, Note20 Ultra akan dilengkapi sensor kamera 108MP seperti S20 Ultra, manakala Note20 biasa pula dilengkapi sensor 12MP. Kedua-dua peranti akan dilengkapi cipset Exynos 990 untuk pasaran antarabangsa dan Snapdragon 865+ untuk pasaran China dan Amerika Syarikat.

    Samsung Galaxy Z Fold 2 5G

    Telefon boleh lipat Galaxy Z Fold 2 dijangka akan membawa pelbagai penambah baikan namun harganya akan dikekalkan seperti Fold sebelum ini. Apabila dibuka, ia mempunyai skrin 7.7 inci 120Hz dengan resolusi 1536 x 2152. Skrin keduanya pula berukuran 6.23 inci dengan skrin Super AMOLED 1080p. Ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus dan tiga kamera termasuk kamera utama 64MP.

    Samsung Galaxy Tab S7 dan S7+

    Galaxy Tab S7 dan S7+ akan dikuasai oleh cipset Snapdragon 865+ dan pengecasan pantas 45W. Tab S7 biasa akan dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 11 inci dengan resolusi 1600 x 2560, manakala Tab S7+ datang dengan skrin AMOLED 12.4 inci dan resolusi 1752 x 2800. Kedua-duanya dijangkakan akan mempunyai skrin 120Hz dan cipset Snapdragon 865+.

    Samsung Galaxy Buds Live

    Earphone wayarles Samsung berbentuk kacang ini akan membawa teknologi pembatalan hingar aktif dan turut datang dalam warna gangsa Mystic Bronze.

    Samsung Galaxy Watch3

    Jam Galaxy Watch3 ini dijangka akan mempunyai bulatan luaran bezel yang boleh diputar dan mempunyai skrin Super AMOLED berukuran 1.4 inci dan bateri 350mAh. Ia akan dilengkapi sensor tekanan darah, electrocardiogram (ECG) untuk membaca kadar degupan jantung dan imbasan gerakan tangan.

    Beritahu kami di Facebook produk manakah yang anda paling nanti-nantikan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured