More

    Siri Samsung Galaxy Tab S7 dilancarkan: Super AMOLED 12.4 inci 120Hz, harga bermula ~RM2,720

    Selain telefon pintar, Samsung turut melancarkan siri tablet baharu. Siri Samsung Galaxy Tab S7 ini terdiri daripada versi standard dan Galaxy Tab S7+ bersama penawaran spesifikasi yang agak tinggi untuk industri tablet.

    Siri tablet baharu ini bukan sahaja hadir untuk sekadar memenuhi pasaran tablet, tetapi membawa spesifikasi baik seperti yang dijangkakan pengguna untuk sebuah tablet. Galaxy Tab S7+ hadir dengan paparan Super AMOLED 12.4 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

    Samsung Galaxy Tab S7+ adalah pilihan untuk pengguna yang inginkan pengalaman prestasi tablet yang lebih tinggi. Galaxy Tab S7 pula dilengkapi paparan LCD 11 inci. Kedua-dua varian memiliki rekaan dengan bezel nipis dan pilihan warna Mystic Black, Mystic Bronze dan Mystic Silver.

    Untuk pengetahuan anda, anda boleh mengaktifkan fungsi Auto Hotspot pada tablet ini untuk menyambungkan Internet dari tablet ke peranti Galaxy anda secara automatik. Anda juga boleh menggunakan Nearby Share untuk memindahkan fail ke kontak berdekatan.

    Untuk pengalaman yang lebih baik bagi menggantikan komputer anda melalui tablet, anda boleh mendapatkan Samsung Notes, S-Pen, Book Cover Keyboard dan tetikus Bluetooth.

    Harga global rasmi Samsung Galaxy Tab S7:

    • WiFi: $649 (~RM2720)
    • LTE: $749 (~RM3140)
    • 5G: $849 (~RM3559)

    Harga global rasmi Samsung Galaxy Tab S7+:

    • WiFi: $849 (~RM3559)
    • LTE: $949 (~RM3978)
    • 5G: $1049 (~RM4397)

    Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan harga rasminya di Malaysia. Apakah pendapat anda mengenai tablet ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured