More

    Samsung Galaxy Note20, Galaxy Fold 2 dan produk lain didedahkan sebelum pelancaran malam ini

    Mungkin kerana tidak sabar untuk menunggu pelancaran rasmi produk Samsung pada malam ini, sebuah akaun pendedah maklumat popular telah mendedahkan gambar siri Samsung Galaxy Note20, Samsung Galaxy Fold 2 dan beberapa produk lain.

    Walaupun gambar-gambar yang didedahkan ini bukan dari sumber rasmi, namun ia kelihatan sangat benar dan boleh dipercayai. Anda boleh melihat siri Galaxy Note20 yang dipaparkan dengan warna Mystic Bronze, Mystic Gray dan warna hijau baharu.

    Selain itu, anda juga boleh melihat video Samsung Galaxy Fold 2 yang kelihatan seperti video pengenalan produk. Seperti yang dijangka melalui berita lepas, Galaxy Fold 2 juga bakal hadir dengan warna Mystic Bronze sama dengan siri Galaxy Note20.

    Terdapat juga pemaparan gambar Samsung Galaxy Buds Live dan Samsung Galaxy Watch 3 yang mungkin akan dilancarkan pada malam ini juga.

    Sebagai peringatan, acara Galaxy Unpacked 2020 bakal berlangsung pada malam ini, 5 Ogos 2020 jam 10PM. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: @evleaks

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured