More

    Pra-tempah siri Samsung Galaxy Note20 di Malaysia: Harga bermula RM3,899

    Memandangkan siri Samsung Galaxy Note20 telah dilancarkan bersama barisan produk lain secara global, kini tiba masanya untuk memberi maklumat pra-tempahan. Harga pra-tempahan untuk siri Samsung Galaxy Note20 di Malaysia bermula pada RM3,899.

    Untuk pengetahuan anda, Samsung Galaxy Note20 mempunyai dua varian seperti yang diumumkan, iaitu Galaxy Note20 4G dan Galaxy Note20 5G.

    Galaxy Note20 4G boleh dipra-tempah dengan harga RM3,899, manakala pra-tempah Galaxy Note20 5G dibuka pada harga RM4,299. Setiap pra-tempahan Galaxy Note20 bakal menerima hadiah percuma Samsung Galaxy Buds+ White bernilai RM599 dan e-baucar bernilai RM450 untuk mendapatkan sepasang Galaxy Buds+ tanpa perlu menambah nilai (top-up).

    Untuk Galaxy Note20 Ultra 5G pula, pra-tempah bermula dengan harga RM5,199. Pelanggan yang membuat pra-tempahan bakal membawa pulang earphone Galaxy Buds Live bernilai RM699 dan e-baucar bernilai RM650 untuk mendapatkan sepasang Galaxy Buds Live tanpa perlu menambah nilai (top-up).

    Layari laman web ini untuk maklumat lanjut berkenaan promosi pra-tempahan Galaxy Note20 yang akan berlangsung bermula hari ini (6 Ogos) sehingga Khamis, 20 Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membuat pra-tempahan untuk siri Galaxy Note20 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured