fbpx
More

    Rayuan BSH 2020 bermula 7 Ogos, ketahui jenis rayuan yang tak boleh dibuat ‘online’

    Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan satu bentuk kesinambungan bantuan dari bekas kerajaan lepas. Pembayaran BSH Fasa Ke-3 kepada rakyat yang layak telah bermula pada 31 Julai lalu secara berperingkat. Namun, jika permohonan BSH anda tidak lulus, anda boleh mula membuat rayuan bermula hari ini 7 Ogos 2020.

    Berdasarkan LHDN, terdapat beberapa jenis alasan yang tidak lulus. Anda boleh mula membuat rayuan melalui semua Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Center – UTC) atau secara dalam talian (online).

    Namun, perlu diingatkan bahawa tidak kesemua jenis rayuan dibenarkan jika anda ingin membuat rayuan secara dalam talian. Anda boleh menyemak permohonan rayuan BSH 2020 yang dibenarkan secara dalam talian di pautan biru ini.

    Untuk pengetahuan anda, permohonan rayuan dibuka bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Apa pun, sebarang perubahan tarikh bakal dimaklumkan oleh pihak rasmi. Kunjungi laman web rasmi BSH untuk maklumat rasmi.

    Sudahkah anda membuat rayuan jika permohonan anda tidak mendapat kelulusan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: LHDN

     

    Artikel Terkini

    vivo Y18 rasmi dengan skrin paling terang dalam segmen permulaan, penarafan IP54 bermula ~RM511

    vivo baru sahaja memperkenalkan model telefon pintar Y18 baharu di India. vivo Y18 merupakan telefon pintar dalam segmen permulaan yang memuatkan beberapa...

    Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV...

    Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan...

    Nokia 3210 yang ikonik pada 90-an kini diberi nafas baharu dengan 4G

    HMD Global yang merupakan syarikat di sebalik peranti Nokia sedang melakar nostalgia. Menjelang pelancaran semula Nokia 6310, HMD Global kini juga sedang...

    Xiaomi 15 akan jadi peranti pertama dengan Snapdragon 8 Gen 4, bakal dilancar Oktober...

    Minggu lepas, satu laporan mendakwa bahawa Xiaomi mempunyai hak pelancaran pertama eksklusif untuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4 yang akan datang....

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) rasmi di Malaysia: Skrin 10.4″, sokong S Pen...

    Samsung Malaysia mengumumkan bahawa tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite (2024) telah tiba di pasaran Malaysia secara rasmi dengan memori RAM 4GB...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X