More

    Redmi K30 Ultra bakal mempunyai paparan AMOLED 120Hz

    Menurut laporan sumber, Redmi K30 Ultra yang dijadualkan untuk dilancar pada hari esok (11 Ogos) bakal dilengkapi skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ini berlainan dengan K30 Pro yang sekadar mempunyai skrin AMOLED 60Hz dan K30 yang mempunyai skrin IPS LCD 120Hz.

    Sebelum ini, pengurus awam (GM) Redmi, Lu Weibing, berkata Redmi K30 Ultra akan mempunyai spesifikasi yang lebih baik daripada K30 Pro terutamanya daripada segi kadar segar semula skrin. Selain itu, K30 Ultra juga akan mengekalkan kamera hadapan pop-up dalam K30 Pro jadi tiada lubang punch hole atau notch yang mengganggu skrin.

    K30 Ultra akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 1000+, RAM sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, empat kamera termasuk kamera utama 64MP, kamera hadapan 20MP dan bateri 4,500mAh. Ia dijangka akan dilancarkan pada Selasa, 11 Ogos sempena ulang tahun Xiaomi ke-10.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi K30 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured