fbpx
More

    Ulasan SONY Xperia 10 II – Istimewa tetapi tiada faktor ‘wow’

    SONY telah melakar namanya di dalam dunia telefon pintar sejak dari awal tahun 2000-an lagi, tetapi akhir-akhir ini namanya sudah makin kurang didengari dalam dunia ini akibat pembaharuan teknologi yang perlahan berbanding pesaing-pesaingnya yang lain.

    Baru-baru ini, SONY telah melancarkan satu lagi telefon kelas pertengahan iaitu Xperia 10 II yang dilihat hadir dengan reka bentuk panjang yang hampir sama dengan telefon keluarannya yang lain. Telefon ini dijual dengan tanda harga RM1,799 untuk RAM 4GB dengan storan 128GB. Persoalannya, dengan harga yang agak mahal ini, berbaloi ke anda membeli telefon jenama SONY ini pada tahun 2020?

    Reka bentuk – Ringan dan biasa sahaja

    Telefon SONY lebih dikenali dengan reka bentuk biasa dan kurang menonjol berbanding jenama lain, dan hal ini juga sama untuk Xperia 10 II. Xperia 10 II ditawarkan dengan 4 warna berbeza iaitu pudina (mint), biru, putih, dan hitam. Telefon yang ada di tangan kami ini adalah warna biru.

    SONY Xperia 10 II dilengkapi dengan panel depan dan belakang kaca jenis Corning Gorilla Glass 6 yang kukuh dan tahan kuat. Kebanyakan telefon segmennya hanya menggunakan Corning Gorilla Glass 5 sahaja ataupun jenis yang lebih lemah. Susunan modul kamera belakangnya juga dilihat biasa sahaja seperti kebanyakan telefon yang lain dengan reka bentuk panjang kebawah.

    Apa yang ada dalam kotak
    Reka bentuk kamera belakang yang biasa

    Pada bahagian depan pula, ia menggunakan skrin OLED 6 Inci dengan nisbah skrin ke badan ~77.6% dan nisbah skrin 21:9 yang sedikit panjang berbanding telefon yang lain. Nisbah skrin 21:9 ini memudahkan pengguna untuk membuka dua aplikasi pada masa yang sama. Kamera swafotonya terletak di dalam bezel atasnya yang agak tebal. Rekaan hadapannya mengingatkan kembali dengan telefon pintar keluaran tahun-tahun yang lepas.

    Butang yang ada pada telefon ini menggunakan bahan plastik yang lembut dan selesa untuk ditekan. Telefon ini juga hadir dengan ciri pengimbas cap jari yang terletak di atas butang kuasanya pada bahagian kanan telefon ini. Selain itu, telefon ini juga hadir dengan bicu audio 3.5mm yang masih lagi digemari oleh pengguna masa kini.

    Kamera swafoto pada bezel hadapan yang tebal
    Skrin saiz 6 inci berbentuk panjang
    Butang kuasa dan butang volume
    Slot kad sim yang boleh dibuka dengan tangan
    Bicu audio 3.5mm kegemaran ramai
    Port kabel USB type C
    Slot kad sim hibrid

    Kelebihan rekaan telefon ini adalah beratnya yang hanya 151g sahaja. Walaupun menggunakan binaan kaca pada bahagian belakang, telefon ini sangat ringan jika dibandingkan dengan telefon-telefon yang lain.

    Xperia 10 II mempunyai slot hibrid yang membolehkan pengguna mengguna 2 kad sim atau satu kad sim dan satu kad microSD pada masa yang sama. Yang menariknya, slot ini boleh dibuka dengan jari tanpa menggunakan alat kad sim.

    Ciri teknologi dan spesifikasi – Bukan untuk pengguna yang gilakan spesifikasi

    Dengan harga setinggi RM1,799 untuk telefon segmen pertengahan, Xperia 10 II dilihat hadir dengan spesifikasi yang kurang hebat seperti bilangan RAM serendah 4GB dan ciri-ciri lain yang sedikit lemah. Berikut adalah ciri teknologi dan spesifikasi yang ada pada Xperia 10 II ini.

    • Berukuran 157 x 69.2 x 8.2 mm
    • Berat 151g
    • Cipset Snapdragon 665 (11nm)
    • RAM 4GB + ROM 128GB
    • Skrin OLED 6.0 inci beresolusi 1080 x 2520 piksel (ratio 21:9)
    • Perlindungan skrin Corning Gorilla Glass 6 , kerangka plastik
    • Kamera utama 12MP f2.0 + 8MP f2.4 (telefoto) + 8MP f2.2 (ultra lebar)
    • Kamera swafoto 8MP f2.0 (ultra lebar)
    • Bateri 3600mAh bersama sokongan cas pantas 18W
    • Sokongan Bluetooth 5.0, NFC
    • Sensor cap jari bahagian sisi
    • Antara muka stock android dengan perisian Android 10.
    • Sokongan kalis air dan habuk IP65/68
    • Sokongan Widevine CDM level L1 (HD Netflix)

    Antara muka yang digunakan pada Xperia 10 II ini (rujuk gambar di atas) adalah sama seperti yang ada pada telefon pintar Google seperti Google Pixel 4. Antara muka ini mudah untuk digunakan, tiada perisian remeh (bloatware) dan juga hadir dengan ciri yang memudahkan untuk pengguna guna telefon ini dengan satu tangan sahaja.

    Kelajuan sensor jap cari telefon ini adalah sederhana sahaja dengan animasi yang dilihat kemas.

    Prestasi – Mencukupi, tetapi tidak sepadan dengan harganya

    SONY Xperia 10 II ini menggunakan cipset Snapdragon 665 iaitu cipset kelas pertengahan yang mempunyai prestasi yang sederhana sahaja. Dengan harga RM1,799 sahaja, telefon ini boleh dikatakan tidak sepadan dengan cipset ini.

    Ia juga hanya hadir dengan saiz RAM serendah 4GB sahaja. Berikut adalah hasil ujian yang telah kami lakukan melalui aplikasi penanda aras GeekBench dan Antutu BenchMark.

    Markah yang dapat dilihat adalah sederhana sahaja, hampir sama seperti telefon berharga bawah RM1000. Untuk gaming pula, anda boleh menetapkan tetapan kualiti grafik yang tinggi dan frame rate tinggi untuk game COD Mobile manakala untuk game PUBG Mobile pula, anda hanya mampu menetapkan tetapan kualiti grafik yang rendah dan frame rate sederhana.

    Secara menyeluruh, pengalaman bermain game menggunakan telefon ini adalah memuaskan sahaja dan kurang sesuai untuk anda yang ingin prestasi gaming yang cemerlang. Telefon ini juga hanya terasa suam-suam sahaja sewaktu bermain game pada jangka masa yang lama.

    Tetapan grafik dan frame rate untuk COD Mobile
    Tetapan grafik dan frame rate untuk PUBG Mobile

    Penggunaan telefon ini untuk menggunakan aplikasi media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook adalah lancar dan memuaskan.

    Dari segi audio pula, telefon ini dilengkapi dengan satu pembesar suara sahaja yang terletak pada bahagian dagu telefon di bawah skrinnya. Kualiti audio yang dihasilkan adalah memuaskan dan agak kuat jika tetapkan ke volume tertinggi tetapi audionya terasa tidak seimbang kerana hanya hadir dengan satu pembesar suara sahaja serta tidak mempunyai sebarang ciri-ciri audio seperti Dolby Atmos dan lain-lain.

    Lokasi pembesar suara pada bahagian bawah skrin

    Xperia 10 II dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,600 mAh yang tidak begitu besar jika dibandingkan dengan pesaingnya yang sudah pun menawarkan bateri yang lebih besar sehingga saiz 5,000 mAh. Satu kelebihan telefon ini adalah ia menyokong pengecasan pantas 18W yang dapat mengecas penuh dari 0% hingga 100% dalam masa lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja. Namun, bateri yang hadir bersama di dalam kotaknya hanyala pengecas 7.5W sahaja. Xperia 10 II dengan bateri yang penuh mampu untuk bertahan selama sehari bergantung pada penggunaaan anda.

    Kamera Xperia 10 II ini hadir dengan 3 kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera telefoto 8MP, manakala untuk bahagian depan pula, ia hadir dengan satu kamera swafoto 8MP.

    Gambar dalam bangunan
    Gambar permandangan bandar
    Gambar pandangan atas
    Gambar tumbuh-tumbuhan
    Gambar objek dengan jarak dekat
    Gambar objek dengan jarak dekat

    Warna gambar yang dihasilkan dilihat lebih semula jadi dan dekat dengan warna sebenar serta mempunyai kualiti yang mencukupi. Gambar yang dihasilkan juga tidak terlalu pekat dan sedap mata memandang. Namun pengawalan cahaya dilihat kurang konsisten dan terdapat gambar yang overexposed dan underexposed.

    Kamera ultra lebar yang ada pada telefon ini sesuai untuk digunakan jika anda ingin mengambil gambar yang lebih luas seperti gambar permandangan dan lain-lain. Kualiti gambar yang dihasilkan dilihat mempunyai butiran yang sedikit kurang dengan pengawalan cahaya yang baik. Kamera telefoto yang ada telefon ini juga bagus untuk menangkap gambar yang jauh sambil kekalkan kualiti gambar tersebut.

    Gambar kamera utama (kiri), gambar kamera ultra lebar (kanan)

    Gambar 2X Zum dari kamera telefoto
    Gambar 2X Zum dari kamera telefoto
    Gambar portrait kamera belakang

    Gambar swafoto normal (kiri), gambar swafoto portrait (kanan)

    Telefon ini juga mempunyai ciri ‘Soft skin effect’ yang menjadikan muka lebih mulus dan bersih. Ia juga mempunyai ciri mod malam yang dapat menghasilkan gambar waktu malam yang lebih baik.

    Mengenai rakaman video pula, telefon ini mampu merakam video sehingga 4K pada 30fps dan ianya dilengkapi dengan penstabilan video. Terdapat juga ciri video perlahan (slo-mo) yang boleh merakam video yang sangat perlahan dengan kualiti yang rendah sahaja.

    Gambar waktu malam (tanpa night mode)
    Gambar waktu malam (dengan night mode)
    Rakaman Video 1080P 30FPS

    Secara konklusinya, kualiti gambar dan video yang dihasilkan adalah memuaskan serta mempunyai warna yang lebih semula jadi dan tidak terlalu pekat berbanding telefon dari jenama lain.

    Kesimpulan – Agak mahal untuk spesifikasi yang ditawarkan

    Jika anda lihat pada spesifikasi asas telefon ini dan bandingkan dengan telefon yang lain, anda akan lihat harga yang ditawarkan adalah kurang tepat. Anda boleh mencari telefon lain dengan yang mempunyai tanda harga yang jauh lebih murah dan mempunyai spesifikasi asas yang hampir sama dengan Xperia 10 II seperti siri Redmi Note 9.

    Namun, perlu diingat Xperia 10 II hadir dengan ciri lebihan yang menarik iaitu sokongan kalis air dan habuk IP65/68, perlindungan skrin Corning Gorilla Glass 6 depan dan belakang serta perisian Stock Android yang kemas.

    Kesimpulannya, peranti ini sememangnya kurang sesuai untuk para gamers dan peminat kamera kerana prestasi cipset dan kameranya yang sederhana sahaja namun ianya sesuai untuk pengguna yang inginkan telefon yang ringan dan mudah untuk digunakan dengan ciri-ciri lebihan yang menarik.

    Bagaimana dengan telefon keluaran SONY ini? Beritahu kami ulasan anda atau pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Malaysia negara kedua paling ketagih gajet di Asia pada 2024, luang masa 8 jam...

    Agensi kajian pemasaran antarabangsa Electronics Hub telah menerbitkan senarai untuk negara yang paling banyak menggunakan gajet dalam masa sehari secara purata (average...

    Fujifilm instax mini 99 dilancar di Malaysia: Kamera analog yang boleh cetak gambar berharga...

    Pada hari ini, Fujifilm Malaysia melancarkan model kamera analog segera (instant analog camera) yang terbaru dalam siri instax*1 iaitu instax mini 99....

    Siri iQOO Z9 5G dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 1 & bateri 6,000mAh...

    Seperti khabar angin sebelum ini, iQOO Malaysia telah melancarkan dua model telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu iQOO Z9 5G...

    KWSP umumkan Akaun 3, penstrukturan semula bermula 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X