fbpx
More

    Telefon 5G realme dengan cipset Dimensity 720 mungkin berharga ~RM724 sahaja

    Terkini, pendedah maklumat terkenal di China telah mengeluarkan satu pernyataan mengenai sebuah peranti realme yang bakal hadir dengan cipset 5G dari MediaTek, Dimensity 720. Lebih menarik, peranti 5G ini diramalkan bakal hadir dengan harga yang murah.

    Menurut sumber, peranti yang diperkatakan oleh pendedah maklumat terkenal ini adalah mungkin peranti sama yang kini disenaraikan di pangkalan data agensi China TENAA. Peranti dengan nombor model RMX2200 hadir dengan paparan 6.52 inci, berukuran 164.4 x 76 x 8.6mm, bateri 4980mAh dan sokongan 5G.

    Melihat kepada spesifikasi tersebut, ianya adalah lebih rendah berbanding peranti 5G realme V5 yang baru sahaja dilancarkan. Oleh itu, sumber meramalkan ia mungkin berharga 1,199 Yuan (~RM724) sahaja.

    Berbalik kepada pendedah maklumat yang mendedahkan maklumat ini, HUAWEI turut bakal lancarkan HUAWEI Enjoy 20 dengan spesifikasi skrin LCD 720p, dan ia diramalkan bakal memiliki harga yang sangat berpatutan.

    Di sisi yang lain, terdapat sebuah lagi peranti realme dengan nombor model RMX2176 yang hadir dengan skrin OLED 6.43 inci FHD+, kadar segar semula yang tinggi, kamera swafoto 32MP dan kamera utama quad 64MP. Berbeza dengan peranti yang dinyatakan pada awal artikel ini, RMX2176 hadir dengan cipset Snapdragon 765G, bateri dwi-sel 4300mAh dan cas pantas 65W.

    Apa pun, kesemua maklumat ini hanyalah jangkaan berdasarkan sumber yang sentiasa benar ramalannya. Adakah peranti 5G selepas ini bakal ditawarkan dengan harga lebih rendah dan adakah pengguna teknologi di Malaysia sudah dapat menikmati rangkaian 5G sepenuhnya selari dengan kemunculan peranti 5G? Beritahu kami pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Laporan IDC dedahkan HONOR menguasai pasaran telefon pintar di China

    Selain berita tentang ketersediaan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR dalam pasaran Malaysia pada 5 Mei nanti, laporan terbaharu daripada International Data Corporation...

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR tersedia di HONOR Experience Store terpilih pada 5 Mei...

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR yang hangat diperkatakan ketika kemunculannya kini boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih mulai 5 Mei...

    Astro bakal tayangkan semua perlawanan Liga Malaysia dalam HD, UHD secara percuma!

    Liga Malaysia musim baharu 2024/25 yang membawakan sebanyak 219 perlawanan bakal ditayangkan secara Definisi Tinggi (HD) di Astro bermula 10 Mei ini....

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor...

    Acer Nitro V 16 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” mampu milik bermula RM4,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia memperkenalkan komputer riba gaming mampu milik Acer Nitro V 16 iaitu komputer Nitro pertama yang dilengkapi pemproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X