More

    Goodday Milk bekerjasama dengan Waze untuk bantu anda membeli barang di pasar raya yang tidak sibuk

    Jenama susu ternama Goodday Milk telah bekerjasama dengan aplikasi pengemudian Waze untuk membantu rakyat Malaysia membeli barang-barang keperluan di pasar raya yang tidak mempunyai ramai orang. Ini adalah untuk memudahkan pengguna untuk mengekalkan penjarakan sosial sewaktu membeli barang.

    Jika pengguna Waze mencari mana-mana lokasi berkaitan barang-barang runcit atau pasar raya, Waze akan mencadangkan lokasi yang mempunyai trafik rendah. Sewaktu memandu ke lokasi, pengguna juga boleh melihat cadangan lain di tempat yang mempunyai kurang trafik pada masa tersebut, di mana ia akan ditandakan dengan pin logo Goodday Milk.

    Menggunakan data navigasi dan trafik, Waze mampu mengenali kedai yang mempunyai trafik lebih rendah di sekeliling pengguna. Ini diharapkan boleh membantu pengguna untuk mengekalkan keselamatan sewaktu memberi barang keperluan seperti susu, sayur, buah-buahan dan sebagainya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan fungsi ini dalam Waze dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured