More

    Rupa awal Samsung Galaxy S20 Fan Edition didedahkan

    Selepas melancarkan siri Galaxy Note20 pada awal bulan ini, Samsung bakal melancarkan varian terbaru untuk siri flagship Galaxy S20 pada hujung tahun ini iaitu Galaxy S20 Fan Edition 5G. Varian S20 yang lebih berpatutan ini dijangka akan diumum tidak lama lagi, namun gambar-gambar awal peranti ini sudah pun dimuat naik ke dalam internet.

    Secara keseluruhan, ia nampak serupa dengan Galaxy S20 asal namun di belakang ia mempunyai permukaan yang dibuat daripada plastik dengan jalinan matter/frosted. Gambar tersebut juga menunjukkan warna peranti dalam hijau mint green / light cyan, namun besar kemungkinan terdapat warna lain yang akan ditawarkan kelak.

    S20 Fan Edition mempunyai bonggol kamera berbentuk petak yang serupa dengan S20 asal, dan mungkin dilengkapi sensor Sony IMX555 12MP dan bukannya sensor Samsung ISOCELL GN1. Selain kamera utama, ia turut dilengkapi kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP dengan zum optikal 3x.

    Ia akan datang dengan paparan 120Hz, rating kalis air IP68, bateri 4,500mAh dan sokongan pengecasan pantas, namun tiada bicu audio 3.5mm. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured