More

    Kamera Samsung Galaxy S21 mungkin tidak akan dilengkapi sensor kedalaman

    Walaupun nama telefon pintar flagship Galaxy S yang seterusnya masih tidak diketahui, khabar angin tentangnya sudah pun mula menular. Antara khabar yang hangat pada waktu ini ialah telefon itu mungkin tidak akan dilengkapi sensor kedalaman time-of-flight (ToF) yang wujud dalam Galaxy S20. Ini juga boleh dilihat pada siri Galaxy Note20 yang tidak dilengkapi sensor tersebut.

    Samsung mungkin telah memutuskan untuk membuang sensor itu kerana ia tidak mempunyai banyak kegunaan pada waktu ini. Selain itu, sensor ToF Samsung juga tidak setaraf sensor LiDAR (Light Detection and Ranging) yang dibina oleh Sony. Walau bagaimanapun, Samsung tidak boleh mendapatkan teknologi tersebut kerana Sony mempunyai perjanjian khas dengan Apple.

    Samsung mungkin merancang untuk menambah baik sensor ToF ini dan hanya akan diperkenalkan semula pada telefon Samsung flagship yang akan datang. Pelancaran Galaxy S21 atau S30 masih jauh lagi, jadi masih banyak perkara yang boleh berubah sehingga pelancaran tersebut.

    Pada masa ini, Galaxy S20+ dan S20 Ultra dilengkapi sensor ToF DepthVision. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured