More

    Snapdragon 732G mungkin hadir September ini bersama peranti berharga bawah ~RM1,200

    Setakat ini, Snapdragon 730G adalah cipset yang dikira agak berpatutan, menjana beberapa barisan peranti dengan harga yang sekufu. Terkini, sumber mendedahkan spekulasi bahawa naik taraf seterusnya, cipset Snapdragon 732G mungkin di lancarkan pada September 2020 ini.

    Lebih menarik, Snapdragon 732G dikatakan bakal membuat kemunculan pertamanya melalui sebuah telefon pintar yang bakal dilancarkan di Vietnam. Tambah sumber, telefon tersebut bakal memiliki harga di bawah $300 (~RM1,257), lebih kurang ~RM1200 sahaja.

    Menurut spekulasi sumber, Snapdragon 732G bakal dilengkapi teras 2 Kryo Gold (berasaskan Cortex-A76) dan 6 teras Kryo 470 Silver 1.8GHz, sama seperti Snapdragon 730G, tetapi dengan kelajuan yang lebih tinggi iaitu 2.3GHz (kelajuan Snapdragon 730G ialah 2.2GHz).

    Memandangkan berita ini hanyalah sebuah spekulasi, namun kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang. Apa pun, kami juga mengharapkan berita ini benar supaya janaan cipset yang lebih baik akan membantu memberi prestasi baik kepada peranti. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured