More

    Cara ubah hidup pintar lebih lancar dengan kesinambungan hubungan HUAWEI Share

    Seiring dengan dunia digital yang berkembang di Malaysia, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ketahui untuk membantu melancarkan urusan harian anda.

    Urusan seharian sudah sememangnya membebankan, jadi usah bebankan hidup anda dengan isu seperti sambungan dan hubungan peranti. Melalui HUAWEI Share, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ketahui untuk membantu melancarkan urusan kehidupan AI anda yang lebih pintar.

    #1 Tambahan lebih skrin dengan Kolaborasi Multi-Skrin

    Segala tugasan pekerjaan anda kini boleh diselesaikan di hujung jari sahaja. Anda tidak perlu membawa wayar untuk memindahkan fail dari telefon pintar ke komputer riba anda. Sebaliknya, pemindahan fail boleh dilakukan dengan satu sentuhan.

    Caranya, anda boleh menghubungkan HUAWEI P40 Pro dengan HUAWEI MateBook X Pro atau HUAWEI MatePad Pro 5G anda untuk fungsi kolaborasi skrin.

    Jika ingin menghadiri perjumpaan dalam talian, skrin anda kini lebih besar dengan sambungan skrin tambahan HUAWEI MatePad atau komputer riba HUAWEI Matebook selain dari telefon pintar anda.

    #2 Berseronok pada bila-bila masa dengan HUAWEI Sound X melalui satu sentuhan pada telefon pintar anda

    Hidup tidak hanya diteruskan untuk bekerja. Untuk menyegarkan minda anda, anda boleh menyambungkan Sound X kepada peranti anda sama ada melalui NFC dan Bluetooth atau OneHop Audio Sharing dengan satu sentuhan.

    Mudah sahaja, anda hanya perlu padankan peranti anda dengan NFC, kemudian anda boleh menikmati pembesar suara pintar Sound X yang boleh menyajikan anda keseronokan halwa telinga.

    Jika terdapat panggilan masuk, muzik akan terhenti secara automatik dan kembali bermain selepas panggilan tamat. Anda juga boleh meletakkan tangan anda di atas Sound X untuk menjedakan muzik anda, mod ini adalah mod ambien sama dalam fungsi pembatalan hingar pada fon telinga.

    "
    "

    #3 Sentuh sahaja untuk WiFi, bagus bukan?

    Kelecehan kecil yang anda tidak inginkan; bertanya kata kunci untuk dapat sambungan WiFi. HUAWEI AX3 membenarkan telefon anda untuk mendapat sambungan WiFi dengan hanya satu sentuhan sahaja.

    Memandangkan HUAWEI AX3 menyokong standard WiFi 6 terkini, adalah lebih menyenangkan jika anda memiliki peranti HUAWEI yang turut menyokong WiFi 6 seperti siri HUAWEI P40.

    Anda pasti menyukai pengalaman sambungan yang lebih lancar dan pantas, dengan liputan WiFi yang lebih luas jika anda menggunakan peranti yang menyokong standard WiFi 6.

    #4 Sentuh untuk dengar muzik atau jawab panggilan – HUAWEI Freebuds 3

    Tidak perlu bersusah-payah mencari menu dan menekan menu untuk memainkan lagu. Untuk memainkan atau menukar muzik, anda cuma perlu menyentuh fon telinga HUAWEI Freebuds 3 belah kanan sebanyak dua kali, manakala sentuh dua kali pada sebelah kiri untuk pengaktifan ciri ANC (pembatalan hingar aktif).

    Tanpa perlu menekan apa-apa, muzik akan terhenti apabila anda mengeluarkan fon telinga dari telinga anda dan muzik kembali diperdengarkan jika anda memasukkan fon telinga kembali.

    #5 Jejak kesihatan anda dan banyak lagi melalui HUAWEI Watch GT2 dan telefon pintar HUAWEI

    Jika anda memerlukan pembantu kesihatan peribadi, mungkin HUAWEI Watch GT2 boleh memenuhi tugas tersebut!

    Anda boleh menyemak kadar degup jantung, tahap stress, merekod senaman anda melalui HUAWEI Watch GT2. Dilengkapi sokongan 15 mod sukan, jam tangan pintar ini boleh memberi analisis data sebelum dan selepas anda bersukan. Nasihat kesihatan percuma juga diberi!

    Melalui semua peranti HUAWEI yang dinyatakan di atas, anda kini mungkin sudah percaya bahawa kesinambungan hubungan dengan HUAWEI SHARE ini bakal memudahkan urusan seharian anda dengan hanya satu sentuhan.

    Untuk itu, HUAWEI ingin membantu anda menjalani kehidupan lebih mudah seiring dengan perkembangan digital melalui HUAWEI Together 2020. Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana HUAWEI Share boleh membantu peranti-peranti anda untuk berhubung bersama di laman rasmi HUAWEI Together.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...