More

    Cip Apple A14X Bionic pada iPad Pro akan datang hampir setaraf Intel Core i9-9880H

    Kebanyakan pengguna mungkin sudah mengenali cip yang menjana iPhone, contohnya cip A14 Bionic pada hadir pada siri iPhone 12. Baru-baru ini, terdapat sumber yang melaporkan prestasi cip A14X Bionic yang bakal hadir pada iPad Pro seterusnya hampir setaraf dengan pemproses Intel Core i9-9880H.

    Prestasi cip A14X Bionic yang bakal hadir dengan proses 5nm di GeekBench ini dikatakan hampir menyamai prestasi pemproses dengan lapan teras, Intel i9-9880H yang menghuni sebuah komputer riba.

    Prestasi sebegini menandakan keperluan menguruskan arus udara panas dalam peranti. Namun, ia mungkin tidak menjadi masalah memandangkan iPad Pro terkini yang dihuni cip A12Z Bionic juga hadir dengan pengurusan haba yang lebih baik.

    Turut dilaporkan, cip A14 yang bakal menjana siri iPhone 12 hanya berbeza sedikit prestasinya berbanding cip A12X (menandakan prestais yang baik). Namun, memandangkan maklumat ini hadir dari sumber tidak rasmi, anggaplah maklumat ini sebagai jangkaan dan spekulasi sahaja.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: wccftech

    Baca berita lepas mengenai ramalan harga dan spesifikasi siri iPhone 12.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured