More

    Lagi cipset MediaTek 5G pertengahan diumumkan, Dimensity 800U mampu jimatkan bateri

    Tekrini, MediaTek telah mengumumkan cipset kelas pertengahan baharu, Dimensity 800U. Kehadiran Dimensity 800U sekaligus menambah bilangan ahli keluarga cipset MediaTek 5G yang terdiri daripada Dimensity 1000, Dimensity 1000+, Dimensity 720, Dimensity 820 dan Dimensity 800.

    Dimensity 800U ialah cipset teras-okta, mengandungi dua teras ARM Cortex-A76 dengan kelajuan 2.4GHz dan enam teras Cortex-A55 dengan kelajuan 2.0GHz. Grafiknya pula dijana ARM Mali-G57 dengan unit pemproses AI (APU).

    Lebih menarik, Dimensity 800U menyokong dwi-sim 5G, dwi-VoNR bersama MediaTek 5G UltraSave yang dikatakan mampu menguruskan transmisi data dengan lebih baik untuk mengoptimumkan ketahanan bateri telefon pintar.

    Cipset ini mampu menyokong sensor kamera sehingga 64MP, empat lensa kamera, skrin 120Hz, Full HD+, HDR 10+, WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.1 dan dua mikrofon pengurangan hingar. Turut dilaporkan, prestasi pemprosesnya adalah 11% lebih baik, grafik 28% lebih baik dari Dimensity 720.

    Setakat ini, kami masih ketiadaan berita tentang peranti manakah yang bakal dijana cipset ini. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    Baca berita lepas mengenai cipset MediaTek.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured