More

    Samsung Galaxy A71 dan Galaxy A51 bakal tiba di Malaysia dengan tetapan kamera quad dan bateri besar

    Terdahulu, pelopor keluarga siri Galaxy A adalah Galaxy A50. Di sebalik menanti ketibaan siri Samsung Galaxy S20 dan Galaxy Bloom, Samsung melahirkan keluarga baru siri Galaxy A yang terdiri daripada Galaxy A71 dan Galaxy A51. Kedua-dua peranti baru Galaxy A ini bakal hadir di Malaysia pada waktu terdekat ini.

    Samsung Galaxy A71 dilaporkan secara rasminya hadir dengan tetapan kamera quad 64MP. Dengan paparan Super AMOLED 6.7 inci beresolusi 1080 x 2400, anda pastinya mendapat pengalaman tontonan yang memuaskan.

    Galaxy A71 juga pasti menggembirakan hati gamer dengan RAM 8GB dan storan 128GB yang besar. Tidak cukup dengan itu, bateri berkapasiti besar 4500 mAh hadir dengan pengecas pantas 25W. Peranti ini hadir dengan pilihan warna Prism Crush Black, Prism Crush Silver dan Prism Crush Blue.

    Samsung Galaxy A51 pula agak sama dengan Galaxy A50 dengan sedikit naik taraf seperti reka bentuk kamera skrin berlubang. Jika anda inginkan paparan yang lebih kecil, Galaxy A51 mungkin menjadi pilihan anda. Dengan paparan Super AMOLED yang sama, perbezaan hanya pada skrin bersaiz 6.5 inci.

    Galaxy A51 juga berbeza dengan Galaxy A71 pada aspek kamera utama dengan 48MP. Walaupun bateri Galaxy A51 hanya 4000 mAh, tetapi ianya memadai dengan kehadiran pengecas pantas 15W. Peranti ini hadir dengan pilihan warna yang sama dengan Galaxy A71 seperti Prism Crush Black dan Prism Crush Blue. Yang berbeza hanya Prism Crush Silver yang digantikan dengan Prism Crush White.

    Apa pun, semestinya perbezaan di antara Samsung Galaxy A71 dan Galaxy A51 turut menawarkan harga yang berbeza. Pilihan terletak di tangan anda. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh ke capaian ini. Nantikan berita terkini mengenai harga peranti ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Jika anda salah seorang pemilik siri Galaxy A, adakah anda berpuas hati dengan keluarga baru ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured