More

    Instagram perkenal kod QR bagi memudahkan pengguna untuk buka profil

    Instagram hari ini memperkenalkan kod QR di dalam aplikasi media sosial itu, di mana setiap pengguna boleh menjana kod QR yang boleh dibaca oleh sebarang aplikasi kamera agar profil mereka boleh diakses dengan mudah. Tujuan ini bagi membenarkan perniagaan untuk mencetak kod QR mereka dan memudahkan pelanggan melihat profile Instagram mereka.

    Untuk menjana kod QR, pengguna hanya perlu pergi ke bahagian tetapan (Settings) dalam Instagram mereka dan sentuh pada Kod QR (QR Code). Imej kod QR itu boleh disimpan dan dikongsi di mana-mana platform internet. Sebelum ini, Instagram sudah pun memperkenalkan ciri serupa iaitu Nametags namun ia hanya berfungsi dengan kamera dalam aplikasi Instagram.

    Ruang Kod QR dalam Tetapan.
    Contoh kod QR yang dijana.

    Penggunaan kod QR semakin mendapat tempat pada waktu pandemik COVID-19 yang masih menular sekarang. Kedai, restoran dan perniagaan kini boleh mencetak kod QR Instagram mereka dan meletakkannya di hadapan kedai bagi memudahkan pelanggan untuk melihat barangan atau menu mereka di dalam telefon sahaja.

    Beritahu kami di Facebook jika anda merasakan fungsi kod QR oleh Instagram ini adalah sesuatu yang anda perlukan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured