More

    OPPO serlahkan teknologi zum kamera terbaru untuk telefon pintar, mampu zum optikal sehingga 135mm

    OPPO telah mengumumkan kamera periskop terbaru dengan teknologi zum hibrid yang boleh memperbaharui ketajaman gambar pada setiap jarak fokal (focal length). Pada waktu ini, ia hanya diperkenalkan sebagai sebuah modul kamera sahaja namun kita boleh jangkakan teknologi ini untuk dilengkapi di dalam telefon tidak lama lagi.

    Modul ini terdiri daripada kanta 7-element dan mampu melaraskan jarak fokal daripada 85mm sehingga 135mm (dalam persamaan 35mm) dengan apertur bermula f/3.3 sehingga f/4.4 pada zum maksimum. Selain itu, OPPO juga sedang mengusahakan sebuah sensor 32MP dan algoritma pemprosesan imej yang boleh mencapai zum hibrid sehingga 280mm.

    Tanpa zum; 85mm; 135mm
    Perbezaan gambar zum 135mm yang lama (kiri) dengan yang baru.

    Adakah anda berminat dengan teknologi zum hibrid oleh OPPO ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    HONOR bakal lancar telefon robot pertama dunia pada 12 Ogos ini

    HONOR mengesahkan pelancaran peranti terbaharu yang dipasarkan sebagai telefon robot pertama di dunia pada 12 Ogos ini. Peranti yang dibangunkan bersama pembuat...

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured