More

    G-SHOCK kenalkan siri GM-110 dengan elemen besi nampak ‘jahat’, harga bermula ~RM1,010

    Terkini, G-SHOCK telah mengeluarkan siri GM-110 baharu dengan litupan besi berasaskan reka bentuk klasik model GA-110. Oleh kerana ia dilitupi besi, jam tangan ini kelihatan sangat menarik dan pastinya memukau pandangan mata yang melihatnya.

    Siri baharu ini terdiri daripada empat model iaitu GM-110-1A berwarna kelabu, GM-110G-1A9 berwarna emas, GM-110B-1A berwarna hitam dengan jarum jam berwarna biru, ungu, serta model GM-110RB-2A dengan warna pelangi. Anda boleh melihat sendiri rekaan menarik keempat-empat model ini.

    Kesemua model ini bakal tersedia pada bulan Ogos ini di Malaysia, kecuali GM-110RB-2A (warna pelangi) yang bakal tersedia pada pertengahan September ini. Menurut laman rasmi, GM-110-1A berwarna kelabu berharga lebih kurang ~RM1,010, GM-110G-1A9 berwarna emas lebih kurang ~RM1,118, GM-110B-1A berwarna hitam dengan jarum jam berwarna biru, ungu berharga lebih kurang ~RM1,118.

    Anda boleh ke laman rasmi G-SHOCK untuk maklumat lanjut mengenai jam tangan terbaru ini. Adakah anda terpukau? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai G-SHOCK One Piece memukau!

    Sumber: hypebeast

     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured