More

    Siri realme X7 bakal hadir dengan cas pantas sehingga 125W, skrin AMOLED 120Hz

    Semalam, kami telah melaporkan mengenai realme China yang telah mengesahkan pelancaran siri realme X7 pada 1 September ini. Pendedah maklumat terkenal kini mendedahkan spesifikasi jangkaan untuk realme X7 Pro dan realme X7 Pro Ultra.

    Melalui pendedahan tersebut, realme X7 Pro Ultra dikatakan memiliki dwi-sel bateri 4500mAh dan sokongan pengecasan pantas sehingga 125W. Turut dilaporkan, ia bakal dilengkapi Snapdragon 865, skrin Super AMOLED 120Hz, seberat 175g sahaja dengan tetapan kamera utama 64MP dan kamera swafoto 32MP.

    Untuk realme X7 Pro pula, ia mungkin hadir dengan cipset Dimensity 1000+ (seperti Redmi K30 Ultra), skrin AMOLED 120Hz, kamera utama 64MP dan kamera swafoto 32MP, serta bateri 4500mAh sama seperti versi Ultra. Perbezaan hanya pada beratnya 184g dan cas pantas 65W.

    Memandangkan kesemua yang dinyatakan adalah ramalan dan spekulasi sahaja, adalah penting untuk kita menunggu maklumat yang lebih jelas pada hari-hari akan datang.

    Namun, jika ianya benar, adakah anda teruja dengan kemunculan siri realme X7 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai realme dan spekulasi kemunculan realme 7.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured