More

    Lenovo i11 klon rekaan iPhone 11 dengan harga jauh lebih murah

    Tahun 2020 ini kita dapat lihat pelbagai model dan jenama telefon yang sudah berada di pasaran dengan pelbagai rekaan yang menarik. Antara rekaan yang menjadi tumpuan adalah model dari jenama iPhone, pasti ada sahaja model-model daripada jenama lain yang akan berusaha keras bukan sahaja meniru teknologi iPhone, malah tampil dengan rekaan yang hampir sama.

    Melihat kepada trend telefon pintar semasa, kami berpendapat ianya sudah tamat dimana kebanyakan jenama telefon pintar sudah mulai tampil dengan identiti tersendiri.

    Telahan kami salah setelah mengetahui wujudnya Lenovo i11. Mungkin kerana diinspirasikan daripada iPhone 11 Pro, model ini merupakan cubaan paling dekat Lenovo untuk meniru rekaan iPhone 11 Pro beserta rekaan susunan kamera pada bahagian belakang.

    Dari segi saiz, Lenovo i11 dilengkapi dengan saiz skrin 6.1-inci mirip iPhone 11. Sokongan pengimbas muka seperti FaceID turut disokong model ini. Selain itu, Lenovo i11 dilengkapi dengan RAM 4GB, ruang storan 32GB dan bateri 2,000 mAh. Kamera pada bahagian hadapan dan belakang masing-masing hadir dengan sensor 8-megapixel.

    Di sebalik rekaan dan spesifikasi yang ditawarkan, tanpa mengejutkan ramai Lenovo i11 ternyata hadir dengan harga yang rendah dan jauh lebih murah berbanding iPhone 11 Pro.

    Difahamkan model ini merupakan model klon daripada Lenovo dan bukanlah daripada jenama rasmi Lenovo. Walau bagaimanapun dengan harga serendah RM230, model ini dilihat berbaloi untuk dicuba.

    Buat anda yang berminat untuk mencubanya agar tampil ‘bergaya’ bagai memakai iPhone 11 Pro, Lenovo i11 antara yang boleh anda dapatkan dengan harga jauh lebih murah. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar yang terkini.

    Sumber: VOCKET

    "
    "

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured