More

    Samsung Galaxy M51 bakal dilancarkan, Snapdragon 730, bateri 7000mAh, cas pantas 25W

    Untuk pengetahuan anda, Samsung pada bila-bila masa sahaja akan melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru untuk siri M; Samsung Galaxy M51. Memandangkan berita mengenainya sudah membanjiri Internet, ini merupakan petanda bahawa ia akan dilancarkan dalam waktu terdekat.

    Menurut sumber, Samsung Galaxy M51 bakal hadir dengan bateri sebesar 7000mAh dengan pengecasan pantas 25W. Ia juga muncul di Geekbench dengan spesifikasi RAM 8GB. Galaxy M51 dilaporkan bakal dihuni skrin berukuran 6.67 inci Full HD+ dan kamera utama 64MP.

    Setakat ini, laman rasmi untuk peranti ini sudah dikeluarkan di Samsung Rusia walaupun ia sebenarnya dikhabarkan untuk dilancarkan di India terlebih dahulu.

    Kami menjangkakan berita pelancarannnya bakal muncul pada hari-hari yang akan datang. Untuk itu, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini untuk mengetahui spesifikasi dan harga rasminya.

    Baca berita lepas mengenai Samsung disini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured