More

    Hubungkan pelbagai jenis peranti HUAWEI anda dengan mudah melalui OneTap!

    Anda tentunya sudah bosan dengan masalah yang timbul apabila anda ingin menyambung telefon pintar anda dengan komputer, pembesar suara atau televisyen: anda perlukan kabel yang panjang dan susah untuk dihubungkan kepada port yang sukar dicapai.

    Bagi menyelesaikan perkara leceh ini, HUAWEI telah memperkenalkan teknologi HUAWEI Share yang memudahkan pengguna untuk hubungkan pelbagai peranti dengan mudah dalam setiap situasi. Ia bukan sahaja memudahkan perkongsian fail antara telefon, malah menyediakan interaksi OneTap untuk memudahkan hubungan antara peranti secara mudah dalam pelbagai kegunaan seperti perkongsian rangkaian atau skrin.

    Kongsi skrin telefon anda ke dalam komputer riba dengan mudah.

    Untuk memindahkan gambar yang diambil daripada telefon ke dalam komputer riba, anda hanya perlu menyentuhkan telefon anda yang dilengkapi NFC kepada komputer itu di bahagian bawah kanan skrin pada logo “HUAWEI Share”. 

    Jika telefon anda dilengkapi EMUI 10.0 atau versi seterusnya, anda boleh memanfaatkan fungsi Multi-screen Collaboration dalam HUAWEI Share yang membenarkan anda untuk guna papan kekunci dan tetikus pada skrin telefon. Dengan hanya satu sentuhan, skrin telefon pintar anda akan dipaparkan dalam skrin PC. Melalui cara ini, anda boleh memindahkan fail hanya dengan meleret fail itu dari skrin laptop ke skrin telefon.

    Untuk EMUI 10.1 dan ke atas, anda juga boleh menyunting dokumen dengan klik dua kali pada dokumen tersebut.

    Hanya sentuhkan telefon anda pada bahagian atas pembesar suara HUAWEI Sound X dan anda sudah boleh mainkan lagu daripada telefon.

    Tapi HUAWEI Share tidaklah dihadkan pada waktu bekerja sahaja. Jika anda ingin berhibur, anda hanya perlu menyentuhkan telefon anda pada bahagian atas pembesar suara Sound X untuk memainkan muzik anda melalui fungsi One-Tap Audio Sharing. Untuk menghentikan muzik, anda hanya perlu menyentuh bahagian atas Sound X dengan tapak tangan sahaja.

    Sentuhkan telefon anda ke Wi-Fi dengan menyentuh telefon pada bucu ‘router’.

    Untuk hiburan yang lebih seronok, HUAWEI Share juga boleh membantu anda bermain game bersama rakan-rakan. Jika mereka datang ke rumah anda untuk main game bersama-sama, anda tidak perlu berkongsi kata laluan Wi-Fi berulang kali. Dengan fungsi One-Tap Network Connection, mereka hanya perlu menyentuhkan telefon mereka pada ruang NFC di bahagian bucu kanan penghala (router) untuk mengakses Wi-Fi anda.

    Bagi menyiarkan skrin telefon ke kaca televisyen untuk butiran yang lebih jelas, mereka juga boleh menggunakan fungsi One-Tap Screen Projection dengan menyentuhkan telefon mereka pada alat kawalan jauh televisyen tersebut.

    "
    "
    Siarkan ‘game’ anda ke televisyen dengan sentuhan mudah.

    Apabila anda ingin keluar rumah pula, anda boleh mengharapkan pada HUAWEI Share untuk membuka kunci pada pintu kereta sebaik sahaja telefon pintar berada berdekatan dengan kereta. Sebaliknya, pintu akan dikunci secara automatik jika anda berjalan jauh daripada kereta dan ini tentunya amat bernilai jika anda perlu bergerak pantas.

    Sewaktu berada di luar, jangan lupa untuk kekal berhubung dengan insan tersayang melalui aplikasi-aplikasi kegemaran yang boleh dimuat turun secara mudah daripada Petal Search. Widget khas yang dibina oleh HUAWEI ini mempunyai ribuan aplikasi yang boleh memudahkan hidup anda dalam pelbagai tugasan. Petal Search boleh digunakan dengan tiga langkah mudah:

    • Langkah 1 – Klik butang ‘Find Apps’ dalam laman utama (homescreen).
    • Langkah 2 – Petal Search akan menunjukkan aplikasi yang mungkin anda inginkan. Jika anda ingin mencari aplikasi lain, taipkan namanya dalam kotak carian.
    • Langkah 3 – Petal Search akan memberi cadangan aplikasi yang paling relevan dengan carian anda dan beri pilihan sama ada aplikasi tersebut boleh dimuat turun daripada Huawei AppGallery, pautan (link) rasmi, versi laman web atau pasang daripada platform pihak ketiga.

    Semua fungsi menarik ini hanyalah permulaan buat HUAWEI Share. HUAWEI akan berusaha lagi demi menyediakan lebih banyak fungsi menarik dengan pelbagai teknologi canggih bagi memudahkan hidup pengguna. Untuk maklumat lanjut tentang produk-produk lain dalam ekosistem HUAWEI yang mampu menyenangkan hidup anda, layari laman web HUAWEI Together 2020. Dengan adanya One Tap Connectivity daripada HUAWEI Share, semuanya mudah!

    Ikuti kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured