More

    Kajian: Internet terlaju di dunia, muat turun filem hanya 1 saat dengan kelajuan 178,000Gbps

    Baru-baru ini, sekumpulan pengkaji di University College London telah memecahkan rekod di dunia melalui kelajuan Internet terpantas. Apa yang menariknya, kelajuan ini mencapai sehingga 178 terabait (178,000 Gbps)!

    Menurut sumber, kebanyakan infrastruktur rangkaian menggunakan menggunaan lebar jalur (bandwidth) 4.5THz, sementara lebar jalur komersial 9THz baru sahaja memasuki pasaran. Melalui hal ini, transmisi data hanya mencecah 1 hingga 3Gbps.

    Berdasarkan kajian yang diketuai oleh Dr. Galdino ini, kelajuan Internet berdasarkan lebar jalur 16.8THz mencecah transmisi data sehingga 178,000Gbps. Keboleh kelajuan ini bukan hanya berasaskan perluasan sistem penerimaan signal, tetapi juga mengoptimumkannya dengan teknologi amplifier dan memperluas julat panjang gelombang.

    Menjawab kepada soalan adakah infrastruktur 5G diperlukan untuk membina sistem ini, ketua penyelidikan menyatakan bahawa ia boleh diaplikasikan pada Internet sedia ada dengan harga berpatutan. Sepertinya, ia bakal menjadi penyelesaian mudah untuk memperbaik rangkaian Internet.

    Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured