More

    Harga iPhone 11 akan jatuh merudum, bermula sekitar ~RM2000 selepas iPhone 12 hadir

    Jika anda menyedari tentang kebiasaan yang akan dilakukan oleh syarikat Apple, mereka biasanya akan menamatkan penghasilan model tertentu peranti. Menurut ura-ura terkini, terdapat beberapa sebutan model yang akan ditamatkan penghasilannya dan ramalan penurunan harga untuk iPhone 11.

    Menurut ura-ura, peranti pertama yang akan ditamatkan penghasilannya adalah iPhone XR, bakal disusuli oleh iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Namun, pemilik iPhone yang mungkin bakal ditamatkan penghasilan ini tidak perlu khuatir tentang kemas kini memandangkan sehingga kini, iPhone 5s juga masih mendapat kemas kini terbaru.

    Penghasilan iPhone XR yang mungkin tamat adalah mungkin disebabkan oleh kewujudan iPhone SE (2020) yang lebih berprestasi. Agak tidak masuk akal untuk Apple terus menjualnya walaupun dengan harga yang lebih rendah.

    Apa yang menariknya adalah harga iPhone 11 dijangka jatuh merudum selepas kemunculan siri iPhone 12. Sumber menjangkakan iPhone 11 akan bermula pada harga $549 (~RM2,294) sahaja berbanding harga asal di laman rasmi Apple kini RM3,399.

    Sebagai tambahan, anda juga perlu tahu mengenai ramalan harga iPhone 12 yang dilaporkan bermula pada $649 (~RM2,356) sahaja. Baca berita lepas mengenai iPhone 12 disini.

    Perlu diingatkan sekali lagi bahawa kesemua maklumat di atas cuma hanya sebuah spekulasi dan jangkaan sahaja. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: wccftech

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured