More

    HUAWEI Enjoy 20 Plus 5G dengan Dimensity 720, cas pantas 40W mungkin berharga ~RM1,147 sahaja

    Sementara menunggu kemunculan siri HUAWEI Mate 40, mungkin kita akan menyaksikan pelancaran telefon pintar elas pertengahan baharu, HUAWEI Enjoy 20 Plus 5G pada 3 September ini di pasaran China. Selain gambar rekaannya, beberapa spesifikasi dan jangkaan harga turut dikongsi.

    Menurut sumber, HUAWEI Enjoy 20 Plus 5G mungkin dijana cipset MediaTek Dimensity 720 (cipset kelas pertengahan 5G), RAM sehingga 8GB, storan sehingga 128GB, skrin berukuran 6.63 inci IPS LCD FHD+, kamera utama 48MP + 8MP ultra lebar + 2MP dan kamera swafoto pop-up 16MP. Turut serta adalah bateri 4200mAh bersama cas pantas 40W.

    Apa yang menariknya, sumber menjangkakan bahawa HUAWEI Enjoy 20 Plus 5G ini mungkin dipasarkan sebagai HUAWEI Mate 40 Lite, HUAWEI Y9a atau HUAWEI P Smart Pro mengikut pasaran di negara tertentu.

    Tambah sumber, peranti ini bakal hadir dengan harga 1899 Yuan (~RM1147) untuk varian 6GB+64GB, 2299 Yuan (~RM1388) untuk varian 6GB+128GB dan 2499 Yuan (~RM1509) untuk varian tertinggi 8GB+128GB. HUAWEI Enjoy 20 Plus bakal hadir dengan warna Magic Night Black, Emerald Green, Galaxy Silver, Sakura Snow dan Snow Clear Sky di pasaran China.

    Apa pun, kesemua maklumat spesifikasi di atas bukanlah dari sumber rasmi. Anda boleh nantikan spesifikasi dan harga rasminya di pasaran China pada 3 September ini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Baca berita lepas mengenai HUAWEI disini dan berita mengenai HUAWEI Enjoy 20 Pro berharga ~RM1207.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured