More

    5 komputer riba Acer baru dengan siri AMD Ryzen 4000 + Intel 10th Gen hadir sempena Acer Day, bermula RM1,999

    Terkini, Acer Malaysia telah mengumumkan barisan komputer riba gaming terbaru yang dijana siri AMED Ryzen 4000 terkini. Selain itu, terdapat juga siri Spin dan Aspire dengan pemproses Intel generasi Ke-10 terkini, bersama pelbagai ciri menarik. Acer turut melanjutkan promosi Acer Day untuk komputer-komputer riba ini, jadi ketahui promosinya!

    Acer Nitro 5 kini dilengkapi pemproses AMD Ryzen 7 4800-H. Mungkin ia bukan pemproses paling berprestasi, namun masih berkuasa dengan NVIDIA GeForce GTX 1650 4GB GDDR6, RAM 8GB, 512GB PCIe NVMe SSD dengan RAM yang boleh dinaik taraf dan slot M.2. Paparan FHD IPS 15.6 inci juga menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz.

    Berkenaan spesifikasi, anda akan dapat sistem penyejukan dua kipas yang 25% lebih baik berbanding model sebelumnya, papan kekunci RGB 4 zon, Intel Wireless WiFi 6 dan Killer Ethernet E2600. Ia kini tersedia dengan harga RM4,099, namun sempena promosi Acer Day, ia boleh dibeli dengan harga RM3,999.

    Acer Spin 5 dan Acer Swift 1 juga kini kembali sebagai komputer riba ringan dengan beberapa naik taraf tambahan, namun lebih kurang sama dengan model sebelumnya. Anda masih boleh menukar skrin sentuha FHD 13.5 inci Acer Spin 5 dalam empat mod. Ia hadir dengan dua varian; pemproses Intel Generasi ke-10 + RAM 16GB berharga RM5,299 dan pemproses i5 + RAM 8GB berharga RM4,399. Siri Spin 5 kini tersedia dan dengan diskaun RM100 sempena Acer Day. Manakala 30 pelanggan pertama yang membeli Acer Spin 5 layak menebus Urbanista Sydney Bluetooth Speaker bernilai RM219.

    Berkenaan Swift 1, ia menampilkan pemproses Intel Pentium Silver N5030, RAM 4GB, 256GB PCIe NVMe SSD dan paparan FHD IPS 14 inci. Turut hadir adalah yang di pra-pasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019, tersedia dengan harga RM2,099 (RM1,999 sempena Acer Day) pada awal September 2020. Siri Aspire baru turut dipra-pasang dengan program yang sama.

    Akhir sekali, siri Aspire; Aspire 3 dan Aspire 5 dilengkapi dengan Intel Generasi Ke-10 i5 yang terkini + RAM 4GB dengan slot tambahan untuk menambah RAM, diikuti dengan 512GB PCIe NVMe SSD, 32GB Intel Optane Memory. Aspire 5 hadir dengan warna Magic Purple dan skrin FHD IPS 15.6 inci, manakala Aspire 3 hadir dengan warna Obsidian Black, Indigo Blue bersama skrin FHD 14 inci, 15.6 inci. Kesemuanya tersedia dengan harga RM2,599.

    Selain yang dinyatakan di atas, terdapat juga beberapa promosi sempena Acer Day yang masih berlangsung sehingga 30 September 2020. Kesemua komputer baharu yang dinyatakan di atas layak memasuki cabutan bertuah “Buy and Win”, di mana pelanggan yang lahir dalam bulan Ogos bakal mendapat saguhati RM50 dalam Touch ‘n Go eWallet. Sebagai tambahan, cabutan bertuah mempunyai jumlah hadiah bernilai RM25,000 untuk pelanggan yang membeli model Acer terpilih di kedai sah Acer, secara dalam talian atau luar talian.

    Apa lagi yang anda tunggu memandangkan inilah masa yang sesuai untuk pelanggan bertuah yang lahir di bulan Ogos menyambar komputer riba baharu. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured