fbpx
More

    OPPO F17 Pro bakal hadir dengan kamera 48MP, skrin AMOLED 6.43″ dan cas pantas 30W

    OPPO menyatakan bahawa peranti terbaru mereka, OPPO F17 Pro akan hadir dengan reka bentuk paling menarik dengan ketebalan 7.48mm serta berat 164g sahaja. Selain dari reka bentuk yang menarik, ia juga dipasarkan sebagai telefon yang tertumpu pada fotografi potret.

    Peranti ini akan hadir dengan 6 kamera, 4 kamera pada bahagian belakang dan 2 kamera swafoto. Kesemua kamera akan menyokong ciri AI yang membantu proses gambar mengikut situasi yang berbeza. Peranti ini juga akan hadir dengan ciri AI Super Clear Portrait yang akan menambahkan kejelasan ciri wajah pengguna, ciri AI Super Night Portrait untuk gambar malam yang lebih cantik serta ciri AI Color Portrait yang dapat asingkan subjek dengan latar belakang menggunakan warna berbeza, sama yang ada pada OPPO Reno4 dan Reno4 Pro.

    AI Color Portrait: aktif (kiri), tidak aktif (kanan)

    Kamera utama peranti ini adalah kamera 48MP manakala kamera utama swafotonya pula adalah kamera 16MP yang dibantu oleh sebuah sensor kedalaman 2MP. Peranti ini juga bakal menggunakan skrin Super AMOLED 6.43 inci dengan sokongan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge 4.0.

    OPPO F17 Pro akan dilancarkan di India pada awal september ini dan harga dijangka sekitar INR 25,000 (~RM1408). Walau bagaimanapun, kami jangkakan telefon ini tidak akan memasuki pasaran Malaysia kerana sebelum ini OPPO Malaysia telah memberitahu bahawa mereka akan fokus kepada 3 siri sahaja iaitu siri Find X, siri Reno, dan siri A.

    Nantikan berita terkini mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan...

    Kemas kini One UI 6.1 bawa keupayaan Galaxy AI ke lebih banyak peranti Samsung...

    Peminat Samsung di Malaysia kini boleh menikmati ciri Galaxy AI dengan kemas kini One UI 6.1 terkini yang tersedia pada peranti siri...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X