More

    Jualan telefon pintar sedunia jatuh 20.4% akibat pandemik COVID-19

    Laporan terbaru daripada firma perundingan antarabangsa Gartner mengatakan jualan telefon pintar sedunia telah jatuh sebanyak 20.4 peratus kepada 295 juta unit sepanjang suku kedua (Q2) untuk tahun 2020 akibat penularan wabak COVID-19. Pelbagai faktor telah menyumbang kepada penurunan ini seperti kekangan perjalanan, penutupan kedai dan perbelanjaan yang lebih cermat oleh pihak pengguna.

    Tiga syarikat telefon pintar terbesar – Samsung, Xiaomi dan OPPO – melaporkan penurunan yang besar berbanding tempoh sama pada tahun lepas. Samsung mencatatkan penurunan 27.1 peratus, Xiaomi mencatatkan penurunan 21.5 peratus dan OPPO mencatatkan penurunan 15.9 peratus.

    Walaupun kebanyakan syarikat telefon pintar mengalami penjualan yang lebih rendah pada tahun ini, hanya Apple yang tidak terjejas teruk dengan penurunan sebanyak 0.4 peratus sahaja untuk Q2 2020. Ini boleh disumbangkan kepada penjualan iPhone SE 2020 dan situasi pasaran China yang semakin pulih.

    Buat masa ini, Samsung akan bersaing dengan HUAWEI untuk mencapai penjualan telefon pintar tertinggi di dunia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gartner Newsroom

     

    Artikel Terkini

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Siri Apple iPhone 18 Pro rasmi dengan aperture boleh laras, cip A20 Pro 2nm...

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max bagi pasaran Malaysia. Kedua-dua model mengekalkan saiz skrin OLED Super...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia untuk tempahan di Malaysia

    Nothing mengumumkan pelancaran peranti Nothing Phone (4b) dan fon telinga Nothing Ear (3a) untuk pasaran Malaysia. Tempahan secara dalam talian dibuka bermula...

    Oppo A7 Pro dilancar dengan bateri 8,000mAh, paparan OLED 120Hz dan kamera 50MP

    OPPO melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu OPPO A7 Pro secara rasmi di China yang dipasarkan untuk segmen kelas pertengahan dengan fokus utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured