More

    Harga Black Shark 3S di Malaysia mungkin bermula pada RM3,199

    Berita ini mungkin berita yang dinanti-nantikan oleh peminat Black Shark 3S. Semalam, sebuah pengedar telefon pintar popular di Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk Black Shark 3S dengan harga bermula pada RM3,199.

    Sementara Black Shark Malaysia masih belum membuat hebahan maklumat jualan, kini peminat sudah mengetahui harga untuk peranti ini. Menurut laman tersebut, harga Black Shark 3S varian 12GB+128GB berharga RM3,199, manakala varian 12GB+256GB berharga RM3,499.

    Sepintas lalu, Black Shark 3S dilengkapi Snapdragon 865, bateri 4,720 mAh, pengecasan pantas 65W, pengecasan magnet 18W dan skrin 6.67 inci FHD+ 120Hz.

    Kelihatannya, Black Shark Malaysia telah mengacah peranti yang akan datang. Mungkin mereka bakal mengumumkan hebahan rasmi mengenai Black Shark 3S atau melancarkannya dalam masa yang terdekat.

    Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut Black Shark 3S di pautan ini.

    COMEBACK IS REAL!>>>Stay Tuned<<<.Follow Our Official Store:Shopee: https://bit.ly/BlackSharkMYSHOPEELazada:…

    Posted by Black Shark Malaysia on Selasa, 25 Ogos 2020

    Adakah anda ingin menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DirectD

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured