More

    Ini petua dari HUAWEI sendiri! Cara guna produk HUAWEI dengan efektif

    Memandangkan HUAWEI sudah mula mengembangkan ekosistemnya, kini ia tidak terhad kepada telefon pintar, tetapi beberapa produk pintar lain seperti komputer riba, jam tangan pintar, pembesar suara dan fon telinga wayarles.

    Jika anda merancang atau sudah memiliki produk HUAWEI terkini, anda perlu ketahui cara untuk menggunakannya secara efektif. Ini petua dari HUAWEI sendiri agar anda dapat menikmati kesinambungan hubungan melalui HUAWEI Share.

    #1 Tambahkan skrin anda dengan Kolaborasi Multi-Skrin

    Petua penambahan skrin ini pasti sesuai untuk kebanyakan pengguna yang perlu menyelesaikan tugasan di hujung jari!

    Contohnya, anda boleh menghubungkan HUAWEI P40 Pro dengan HUAWEI MateBook X Pro atau HUAWEI MatePad Pro anda untuk fungsi kolaborasi skrin. Tugasan seperti pemindahan fail, bahkan menjawab panggilan telefon boleh dilakukan dengan sentuhan melalui skrin komputer riba atau tablet anda sahaja.

    #2 Berseronok secara moden menggunakan HUAWEI Sound X

    Untuk menyegarkan minda anda yang lesu dengan muzik, anda boleh menyambungkan Sound X kepada peranti anda sama ada melalui NFC dan Bluetooth atau OneHop Audio Sharing dengan satu sentuhan.

    Jika terdapat panggilan masuk, muzik akan terhenti secara automatik dan kembali bermain selepas panggilan tamat. Anda juga boleh meletakkan tangan anda di atas Sound X untuk menjedakan muzik anda! Inilah cara moden untuk menikmati muzik!

    #3 Abaikan cara tradisional minta kata kunci WiFi, anda kini boleh ‘tap’ sahaja

    Ya, usahlah kita berada di takuk yang lama dan tradisional seperti meminta kata kunci WiFi. Tahukah anda? Terdapat HUAWEI AX3 membenarkan telefon anda untuk mendapat sambungan WiFi dengan hanya satu sentuhan sahaja.

    Pengalaman sambungan yang lebih lancar dan pantas, dengan liputan WiFi yang lebih luas jika melalui peranti yang menyokong standard WiFi 6 pastinya bakal memudahkan hidup anda!

    "
    "

    #4 Mudahkan cara dengar muzik atau jawab panggilan dengan HUAWEI Freebuds 3

    Kami berharap anda sudah tahu mengenai keupayaan HUAWEI Freebuds 3, namun jika belum tahu, anda akan ketahuinya!

    Untuk memainkan atau menukar muzik, anda cuma perlu menyentuh fon telinga HUAWEI Freebuds 3 belah kanan sebanyak dua kali, manakala sentuh dua kali pada sebelah kiri untuk pengaktifan ciri ANC (pembatalan hingar aktif).

    Tanpa perlu menekan apa-apa, muzik akan terhenti apabila anda mengeluarkan fon telinga dari telinga anda dan anda boleh dengar muzik kembali apabila memasangnya semula.

    #5 Cara jaga kesihatan dan banyak lagi dengan menghubungkan HUAWEI Watch GT2 dan telefon pintar HUAWEI

    Dalam zaman serba moden ini, anda boleh menyemak kadar degup jantung, tahap stress, merekod senaman anda melalui HUAWEI Watch GT2. Hubungkan sahaja telefon pintar HUAWEI anda dengan HUAWEI Watch GT2 melalui HUAWEI Share!

    Dilengkapi sokongan 15 mod sukan, jam tangan pintar ini boleh memberi analisis data sebelum dan selepas anda bersukan. Nasihat kesihatan percuma juga diberi!

    Kewujudan pembesar suara dan mikrofon membolehkan anda menjawab panggilan melalui Huawei Watch GT2 walaupun semasa anda bersenam. Dengan sokongan 5 ATM tahan air, anda masih boleh kekal berhubung sama ada semasa berlari, bahkan semasa di bawah permukaan air!

    Petua di atas bukanlah rekaan semata-mata tanpa usul, tetapi ia merupakan fungsi dan ciri teknologi sebenar yang mampu memudahkan kehidupan anda. Apa guna memiliki produk pintar jika anda tidak tahu menggunakannya secara efektif?

    Jadi, untuk lebih petua dan maklumat lanjut mengenai kesinambungan hubungan HUAWEI Share, anda boleh menyemak di HUAWEI Together 2020.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured