More

    Animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tercalon di Oscar, bukti animasi Malaysia bertaraf dunia

    Teknologi animasi di Malaysia bukanlah perkara yang luar biasa. Animasi komputer telah lama dihasilkan dan mendapat sambutan di negara-negara jiran. Terkini, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tercalon di dalam anugerah Academy Awards Oscars bertaraf dunia.

    Pencalonan tersebut merupakan bukti animasi Malaysia mampu bersaing dengan animasi lain di peringkat global. Walaupun animasi tercalon ini tidak dapat ke peringkat lima filem terbaik, pengarah urusan Les’ Copaque Burhanuddin Md Radzi menyatakan bahawa pencalonan ini sudah cukup untuk membuktikan sebuah kejayaan.

    Menurut sumber, filem ini turut memenangi Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) dalam kategori Feature Film. Kejayaan sebegini memberi bayangan tentang kemajuan teknologi di Malaysia bukan sahaja pada bidang teras seperti teknologi maklumat, tetapi kemajuan teknologi dalam rentas bidang seperti animasi yang mampu menghasilkan animasi bertaraf dunia.

    Sumber: BERNAMA

    Sudahkan anda menonton Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal atau animasi Malaysia yang lain? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Google lancarkan Gemini 3.6 Flash, 3.5 Flash-Lite dan 3.5 Flash Cyber

    Google secara rasmi memperkenalkan tiga model kecerdasan buatan (AI) baharu iaitu Gemini 3.6 Flash, Gemini 3.5 Flash-Lite dan Gemini 3.5 Flash Cyber....

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured