More

    Butiran penjualan Samsung Galaxy Z Fold2 dibocorkan, termasuk tarikh dan pra-pesanan

    Telefon pintar lipat Samsung Galaxy Z Fold2 bakal dilancarkan pada hari esok (1 September) namun butiran penjualan peranti ini sudah pun timbul. Menurut sumber, Galaxy Z Fold2 akan mula dijual pada 18 September manakala pra-pesanan boleh dibuat pada 11 hingga 17 September.

    Sebelum ini, laman Galaxy Z Fold2 untuk pasaran United Kingdom (UK) telah mendedahkan harga telefon tersebut iaitu £1,799 (~RM10,007) manakala untuk pasaran Eropah pula ia dikhabarkan akan dijual pada harga €1,999 (~RM9,919). Harga tersebut kini telah pun dipadam daripada laman web Samsung.

    Walaupun telefon ini masih belum dilancarkan, maklumat tentangnya sudah pun dipersembahkan dalam majlis Galaxy Unpacked pada 5 Ogos lalu. Ia dilengkapi skrin utama Super AMOLED 7.6 inci 120Hz, skrin kedua Super AMOLED 6.2 inci, dwi-bateri dengan jumlah kapasiti 4,500mAh dan pilihan warna Mystic Black atau Mystic Bronze.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy Z Fold2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAM Mobile

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured